1 Oktober, 1999
Projek mega yang diberikan kepada Teras Cemara Sdn. Bhd., anak syarikat MRCB akhirnya ditangguhkan perlaksanaannya ke tahun hadapan akibat krisis ekonomi yang semakin melebar.
Minda Rakyat berharap penangguhan itu berlarutan lebih lama lagi supaya ia memberikan kesempatan kepada pihak tertentu terutama rakyat bagai mengkaji keberkesanan dan faedah yang diterima mereka akibat perlaksanaannya.
Projek yang menelan belanja RM1.1 bilion itu lebih mirip kepada menggadai ketuanan Melayu kerana ia melibatkan pengambilan majoriti tanah bumiputera dan pusaka Melayu lama. Tanah yang terlibat merupakan dusun serta kebun orang Melayu Perak Tengah yang terkenal dengan musim durian apabila sampai pusingan kitarannya.
SILEX hanya memberikan faedah kepada kurang 1,000 buah kenderaan sehari yang melaluinya. Justeru itu SILEX perlu dikaji semula sebelum perlaksanaannya diteruskan semula. Lebuhraya sepanjang 65 km yang bakal dibina itu bermula dari persimpangan tol Simpang Pulai, melalui Batu Gajah, Seri Iskandar, Ayer Tawar dan Sitiawan.
Beberapa bulan lalu Minda Rakyat pernah memberikan paparan berhubung dengan isu Silex. Para netters boleh mendapatkannya semula dialamat:
https://members.tripod.com/polong_cyber/koleksi2/a5266.html dan
https://members.tripod.com/polong_cyber/koleksi2/a5277.html