1. Dalam perjuangan ini, tiada bezanya di mana kita berada kerana
tatkala nama Allah Tuhan mu dan Tuhanku diseru, nescaya hati kita
bertaut dan bersatu.
-Pujangga-
2. Andainya
hidup punca perpisahan,
Biarlah mati menyambungnya
semula
Namun seandainya mati
punca perpisahan,
Biarlah hidup itu membawa
erti yang nyata
3. Kecantikan itu akan bertambah serinya apabila dihiasi dengan
keindahan akhlak dan budi. Kecantikan tanpa keindahan akhlak
dan budi umpama sebuah patung yang cantik tapi sayang tidak
bernyawa.