Selamat
Datang
Ke Laman Web
Seruling Senja
Carilah Kasih Insan
Demi Cinta Tuhan
Terima kasih kerana anda telah mengunjungi laman web ini. Segala sokongan
anda amat saya hargai. Jika anda ada sebarang pendapat atau cadangan, anda boleh hubungi saya di alamat email
Anda juga boleh melawati web saya di
Gema Seruling Senja
Ketika gerimis turun mencurah ku tuliskan sebuah puisi ku sisipkan senyuman rindu yang tiada retak
membungai bicara syahdu akukah si Perawan Desa..
pada setiap tidurku .. berwajahkan hanya dikau mempimpin tangan... meniti pelangi senja kita melihat
langit berlampukan bulan dan kerlipan bintang bersemarak di jiwa
kemudian... aku berlari di padang yang luas lalu duduk menghirup udara di tasik ingin membebaskan
resah di angin senja kau mula meniup seruling bambu
embun pun menetas di hujung mataku bergayut di kelopak mawar yang ada dalam genggaman tangan ku letakkan
setangkai mawar di depan mu " Simpanlah ia... yang akan menyegarkan setiap kenangan kita..." dan seruling mu terus
bergema disetiap senja..
sue marie - hanya seorang perawan desa
Ya Allah... Saat aku menyukai
seseorang, ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir. Ya Allah...
Saat aku merindukan seorang kekasih, rindukanlah aku pada yang rindu Cinta Sejati-Mu agar kerinduanku terhadap-Mu semakin
menjadi. Ya Allah... Aku hendak mencintai seseorang. Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu agar betambah kuat cintaku
kepada-Mu. Ya Allah... Ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. Ya Allah...
Ketika aku berucap aku cinta padamu, biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu agar aku tidak jatuh dalam cinta
yang bukan kerana-Mu
|