Dengarlah wahai kasih, Sesuatu yang ingin kubicarakan buatmu, Dapat diulangi, diingati dan dikenang selalu, Sebagai
persiapanku untukmu, Sekiranya takdir janji Tuhan telah tiba menjengukku Tika itu aku tidak lagi mampu untuk mendampingimu.
Kehidupan ini bukanlah suatu permainan Namun ia adalah anugerah Tuhan Bagi menduga hambaNya untuk mencari perbekalan Bagi
menempuhi sebuah perjalanan Perjalanan untuk menemui Tuhan di Hari Pertemuan
Kasih dan sayang antara anugerahNya Dicampakkan
dalam hati setiap hamba Untuk dibajai dan disirami agar subur di kalangan manusia Sebab kerana itulah juga Tuhan
menciptakan manusia
Sayang, Bukan mudah menjadi seorang isteri Banyak perkara yang perlu dipelajari Dan banyak
pula yang patut diketahui Kerana ia bukan kehidupan cuma sehari Selagi boleh biarlah sehingga mati
Sayang Tatkala
ini aku adalah suamimu Orang yang berhak ke atasmu Selepas Allah dan Rasulmu Patut engkau taati melebihi ibu dan
bapamu Kerana syurgamu ada padaku
Sayang Aku mungkin tidak dapat memberikanmu kemewahan Namun kucuba untuk
memenuhi keperluan Sekadar yang mampu aku sediakan Janganlah engkau kesedihan Kerana itulah yang dapat ku adakan
Sayang Bukan
mudah untuk ku menjadi seorang suami Tidak hanya sekadar mempunyai isteri Namun banyak yang aku perlu penuhi Dari
sekecil-kecil keperluan diri Untuk isteri yang kusayangi Walaupun ia pasti tidak mencukupi Bagi meniti hari-hari Tapi
itulah aku yang engkau kenali Seseorang yang engkau panggil suami.
Seruling Senja 11/01/2007 12.40 tengah
malam Tanjung Mas, Kota Bharu.
|