Ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
i) Tidak semua fahaman dan pegangan kepada
"Nur Muhammad" itu sesat, kerana sebahagian ulaam mu'tabar seperti Imam Ibnu HAjar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-BAijuri,
Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji,Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan
penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka "Nur Muhammad" adalah
seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur
ketuhanan.
ii) Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan
sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada "nur
allah" atau dengan tafsiran yang seolah-olah "Nur Muhammad" itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t. yang mana tafsiran
ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah ISlam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran
sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung.
iii) Konsep "Nur Muhammad" sebagaimana
yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima
dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah
iv)
Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep "Nur Muhammad" itu sesat, maka sewajarnya kita jangnalah bermudah-mudah untuk
menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep "NUr MUhammad" secara keseluruhan akan mengakibatkan
hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar ayng menjadi sandaran ummat
Menurut Pengerusi salah faham mengenai "Nur Muhammad"
hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf
|