Segala puja dan pujian
Selayaknya buat Tuhan
Oleh kerana takdir dan
kerahmatan
Hingga kini aku masih
lagi rasakan
Nikmat secebis kehidupan
Selalu kuharapkan
Sentiasa dihiasi dengan
Islam serta Iman
Sebagai petunjuk sepanjang
perjalanan
Sehingga akhir kalam
sebuah kehidupan
Peneman setia disaat
kematian
Itulah dihari ini yang
aku doakan
Diulang tahun sebuah
kelahiran
Seruling senja
07 Januari 2008
1.05 pagi
Tanjung Mas, Kota
Bharu.