Jelmaanmu merentas bongkah
sendu
Mengorban naluri merungkai
pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu
Isteriku…
Kehadhiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk
arah burujnya
Isteriku…
Saban waktu , dirimu abdi
di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku
Isteriku…
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman
remajaku
Dikala kuhamparkan tangan
ke awan biru
Merintih harap isteri yang
solehah
Penyejuk mata dan penyeri
rumahtangga
Isteriku…
Di senjakala , ku menongkat
resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam
permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk
kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku
hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir
Cuma
Ku hambat bosanmu seketika
sahaja
Isteriku…
Di hening subuh ku merenung
sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari - hari berlabuh kita
berasingan
Kesedihanmu ,
sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku
disisi
Rumahku , dirimulah penanti
setia
Sementara bagiku , ia hanyalah
dangau persinggahan
Isteriku…
Dirimu masih setia dalam
sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu
Isteriku…
Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah
Isteriku…
Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu
Isteriku…
Diriku tetap setia disampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu
Sayang isteriku… sayang
isteriku
Nukilan :
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan
At Tantawi