|
Sayang, Pada saat dan ketika aku catatkan bicara hati ini, ketahuilah olehmu
bahawa aku dalam keadaan nazak rindu padamu. Sejak aku bersamamu, aku sentiasa diselubungi bahagia walaupun kerinduannya
dating menerjah tembok kesabaran hati. Sungguh kukatakan bahawa cintamu buat aku rasa disayangi. Walau aku tidak pasti
bagaimana kesudahan kisah cinta kita, namun aku sentiasa berdoa agar kesudahannya dapat membahagiakan kita dunia dan akhirat.
Kita telah bina dasar cinta kita atas asas perjuangan di jalan Allah. Pertemuan yang ditakdirkan tuhan telah membuahkan rasa
cinta dan kasih yang kukuh di hati.
Sayang, Terlalu berat untuk aku lepaskan dirimu untuk berjauhan dariku. Bagaimanakah
akan kuhadapinyasedangkan rindu ini tidak pernah kurang apatah lagi padam walaupun dirimu berada di hadapan mataku, di sisiku.
Sayang, Setiap detik waktu yang bersisa, wajahmu sentiasa hadir dan berbicara denganku. Walaupun hanya sanubari
dan jiwaku yang dapat melihat wajahmu, namun aku tetap rasakan kemanisan pertemuan rahsia itu.
Sayang, Tiada satu
pun perumpamaan yang dapat ku ungkapkan bagi menggambarkan bagaimana perasaanku pada saat ini. Hanya orang yang merindui sahaja
yang dapat mengerti betapa merananya aku apabila bunga rindu berputik di tangkai kasih ini.
Sayang, Aku sentiasa
berharap, tembok kesabaranku tetap kukuh sementara menanti kepulanganmu kepangkuanku. Aku berdoa agar ia tidak akan goyah
dilanda ombak rindu. Pada pertemuan yang akan kita ciptakan nanti, ingin sekali aku menatap wajah mu, mendengar bicaramu yang
bisa menenangkan jiwaku yang kelemasan ini. Semoga tuhan akan memberkati harapan kita ini. Sayang..........aku merinduimu.............
Seruling Senja 27.7.2003 5.47 petang. serulingsenja@hotmail.com
|