Hati ini bagai kanvas lukisan
Masih kosong tanpa palitan
Walau terbentang di hadapan
Panorama indah pemandangan
Namun tidak ku mampu coretkan
Sebarang arca untuk kenangan
Kerana tidakku berkeupayaan
Untuk berbuat demikian
Cuma sesekali
Ia terpalit sendiri
Dengan percikan warna-warna kehidupan ini
Oleh kerana tarian jemari
Maka terlakarlah sendiri
Sebuah palitan yang sukar dimengerti.
Seruling Senja
22.7.2001
10.49 mlm
Kulliyyah Undang-Undang
UIA Gombak.