Takdir Sebuah Janji
Laman Utama | Doa | Galeri Foto | Legal | Diskusi | Untaian Kata | Sudut Hukum | Warkah | Puisi | Cerpen | Kembara | Tetamu | Tazkirah | Link | Komentar Buku
Seruling Senja

Betul kamu nak berangkat ke Mekah Sin? Soal ayah pada Hussin, murid harapan dan kesayangannya itu.

     Aku mencuri dengar perbualan antara ayah dan Hussin dari balik tabir yang memisahkan antara ruang dapur dan ruang tamu rumahku.

     Hari ini ayah memanggil Hussin ke rumah untuk membincangkan sesuatu. Ibu juga turut sama dengan ayah menghadapi Hussin di ruang tamu. Aku sendiri tidak tahu apa yang ingin ayah dan ibu bincangkan dengan Hussin tu.

     Benar tok guru, hamba dah janji dengan emak untuk membawanya naik ke Mekah buat haji dan umrah. Jawab pemuda itu.

     Pada perkiraanku, pemuda itu telah masuk akhir 20an umurnya. Seingat aku, ketika mula­mula masuk belajar pondok dengan ayah dia masih muda lagi. Sekarang dia nampaknya sudah cukup dewasa dan memang layak untuk bergelar lelaki dengan segala sifat yang ada pada dirinya itu.

     Cukup ke belanja kamu kat sana nanti Sin? Soal ibu pula.

     InsyaAllah, bu. Simpanan hamba dicampur dengan simpanan emak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan kami di sana nanti. Jelas Hussin lagi.

     Semua anak­anak pondok Madrasah Ahmadiyyah Bukit Gading ini memanggil ibu dengan panggilan ibu. Bagi mereka, ibuku ini adalah umpama ibu mereka juga. Terutamanya bagi murid­murid yang datang dari jauh termasuk Thailand, Kemboja, Kampuchea dan Indonesia.

     Bila kamu nak berangkat? Soal ayah.

     Aku keluar membawa dulang yang berisi tiga cawan kopi dan pulut kukus dimakan bersama ikan kering.

     Kapal haji akan belayar 15 Rejab nanti tok guru.

     Aku menghidangkan minuman itu sambil ekor mataku mengerling kearah Hussin yang duduk bersila menghadapi ayah dan ibu. Dia menundukkan mukanya apabila pandangan mata kami bertemu.

     Sebelum kamu berangkat, kami mempunyai hajat yang besar dan berharap kamu dapat memenuhinya untuk kami. Ujar ayah pada Hussin.

     Apa dia tok guru? Jika hamba mampu lakukan, insyaAllah akan hamba cuba dengan segala daya hamba.

     Fatimah, duduk dulu! Pinta ayah sewaktu aku bangun untuk ke dapur semula. Aku memandang ke arah ibu yang bersimpuh di sisi ayah. Ibu kemudiannya mengangguk sebagai tanda supaya aku mematuhi arahan ayah itu. 

     Aku terpaksa membatalkan hasratku untuk ke dapur. Aku duduk bersimpuh di belakang ibu. Segan juga aku bila berhadapan dengan Hussin. Banyak cerita yang aku dengar tentang sifat dan sikapnya yang baik itu menjadi perbualan seluruh warga pondok itu.

     Dialah yang menggantikan ayah sekiranya ayah tidak ada atau uzur. Ayah juga telah memberikan kepercayaannya kepada Hussin untuk mengajar beberapa buah kitab kecil untuk anak­anak pondok yang baru.

     Sebenarnya, sekiranya kamu setuju kami ingin sangat menjodohkan kamu dengan Fatimah ini. Jawapan ayah itu buat aku betul­betul terkejut dan aku terus memandang ayah, ibu dan akhir sekali Hussin.

     Ayah telah mencarikan jodoh untukku sedangkan aku sendiri masih belum terfikir untuk berumah tangga, mempunyai suami dan seterusnya memiliki anak­anak cahaya mataku sendiri.

     Suasana malam di Desa Bukit Gading ini sangat suci. Perkampungan yang terletak di kaki Bukit Gading ini hampir keseluruhannya adalah dihuni oleh anak­anak pondok yang menjadi murid ayah. Aku tidak pasti sejak bila aya mula membuka pondok pengajian agama ini. Tapi sejak aku lahir dan membesar, pondok ini memang dah ada menyambut kedatanganku. Negara Malaysia baru sahaja 10 tahun merdeka dari penjajahan British. Betapa besarnya nikmat kemerdekaan bagi sesiapa yang pernah hidup ketika era pendudukan Jepun dan British. Keadaan pembangunan masih lagi diperingkat awal. Jalan raya masih ada yang berbatu kerikil dan tanah merah walaupun telah ada beberapa jalan tertentu yang telah diturap dengan tar. Hanya jalan­jalan besar sahaja yang diturap. Para penduduk masih lagi berpelita diwaktu malam dan menggunakan air perigi serta sungai sebagai sumber kegunaan harian.

     Di pondok milik ayah ini, telah tersedia jadual pengajian khusus untuk anak­anak pondok dan ada juga pengajian umum yang dibuka kepada semua terutamanya penduduk setempat. Ada juga kelas­kelas pengajian yang khusus untuk kaum wanita sahaja. Cara ini membuatkan sistem pengajian lebih teratur dan tersusun.

     Malam ini ayah ada kuliyah di ruang utama surau pondok. Kuliyah umum dan terbuka untuk semua. Ramai juga penduduk sekitar yang datang untuk mendengar dan mengikuti kuliyah yang disampaikan oleh ayah. Ada juga anak­anak pondok yang menyertai kuliyah ini, namun ia tidak diwajibkan seperti kuliyah­kuliyah yang khusus bagi mereka.

     Malam ni aku tidak ke surau untuk mendengar kuliyah ayah. Entahlahperasaanku tiba­tiba je tak keruan dan tak tenang bila mengingatkan kembali perbincangan antara ayah, ibu dan Hussin.

     Sebenarnya hamba belum terfikir lagi untuk berumah tangga tok guru. Hamba masih ada banyak tanggungjawab terhadap emak hamba yang telah tua itu. Jawab Hussin. Aku pasti jawapannya itu adalah ikhlas.

     Kami tahu kamu ada tanggungjawab terhadap emak kamu. Dan perkahwinan pula bukanlah satu penghalang untuk kamu menunaikan tanggungjawab itu. Malah kamu akan ada seseorang yang boleh membantu kamu untuk menjaganya nanti. Terang ayah pada Hussin.

     Betul tu Sin. Kahwin ni bukanlah penghalang untuk kamu. Nanti lagi senang untuk kamu menjaga emak kamu tu. Jelas ibu pula. Aku bagai terkunci suara untuk berkata­kata. Hanya menadah telinga mendengar perbincangan dan keputusan mereka.

     Hamba serba salah tok guru, ibu. Hamba perlu beritahu emak terlebih dahulu pasal perkara ini. Dan bagaimana pendapat dan perasaan Fatimah sendiri mengenai hal ni? Hussin merenung kearahku yang bersimpuh di belakang ibu. Aku menundukkan wajahku oleh kerana tidak berani melawan cahaya mata pandangan Hussin itu.

     Apa pendapat kamu Fatimah? Soal ayah padaku. Aku tergamam seketika. Jawapan apakah akan kuberikan pada mereka. Bagaimakah reaksi mereka terhadap jawapan yang bakal kuberikan nanti? Semuanya datang bertalu­talu dalam benak fikiranku.

     Beritahu kami dengan ikhlas, apa pendapat Fatimah dalam perkara ini? Ini berkaitan dengan masa dengan Fatimah juga. Suara ibu itu buat aku tersedar daripada tergamam.

     Fatimah setuju dengan pendapat abang Hussin tu. Berilah abang Hussin tempoh untuk berbincang dengan emaknya dan tempoh bagi Fatimah untuk memikirkannya. Jawab ku dengan tergagap­gagap.

     Hussin kelihatan tersenyum dan mengangguk tanda menyetujui jawapan yang kuberikan itu. Namun aku tetap berharap agar jawapan ku itu tidak akan mengecilkan hati ayah dan ibu yang telah bersusah payah membesarkan aku.

     Aku menyediakan perancangan mengajar untuk esok. Aku cukup beruntung kerana selepas tamat tingkatan tiga, aku telah ditawarkan mengajar di sekolah menengah agama di pekan. Lampu gasoline menerangi ruang bilik yang sederhana itu, namun ia cukup selesa buat ku.

     Maaf kalau ibu mengganggu. Fatimah sibuk ke? Soal ibu yang tiba­tiba terjengol dipintu bilikku yang sengaja aku tidak kunci.

     Tak bu, masuklah! Aku mempersilakan ibu masuk. Tentu ada sesuatu yang nak ibu cakap atau bincangkan denganku.

     Macam ada hal penting je bu? Soalku lagi pada ibu yang duduk dibirai katilku.

     Dalam kesamaran cahaya, aku lihat ibu merenungku dengan satu pandangan yang cukup menyentuh perasaanku sebagai seorang anak. Dialah ibu yang cukup mengerti tentang perasaan gadisku kerana aku membesar dari hasil air susunya sendiri.

     Ibu ingin tahu pendapat Fatimah tentang cadangan ibu dan ayah tu. Jelas ibu. Memang sudahku agak, persoalan itu yang akan ditanya ibu. Dan aku sudah bersedia dengan jawapannya.

     Fatimah terima apa sahaja keputusan ibu dan ayah. Jawabku. Ibu memandangku dengan pandangan yang berkaca­kaca. Dia menggenggam erat tanganku.

     Fatimah tak menyesal? Soal ibu seolah­olah ingankan kepastian.

     Aku mengeleng­ngeleng kepala sebagai tanda bahawa aku yakin dengan keputusanku itu.

     Semoga Fatimah berbahagia nanti! Ucap ibu sambil mencium dahiku.

     Pagi­pagi lagi aku telah turun dari rumah untuk ke sekolah. Sekolah agama tempat ku mengajar itu letaknya 5KM dari rumahku. Kebiasaanku setiap hari ialah berjalan kaki dari rumah ke jalan besar yang jauhnya lebih kurang setengah kilometer. Kemudian menaiki bas dengan bayaran 20 sen untuk sampai ke sekolah. Begitulah rutin harianku.

     Sekarang ni semangat perjuangan kemerdekaan masih lagi terasa walaupun Negara telah 10 tahun merdeka. Tambahan pula di sekolah agama. Fahaman yang dibawa balik oleh pelajar­pelajar timur tengah dipelopori oleh Jamaluddin al­Afghani dan Muhammad Abduh. Aku tidaklah aktif sangat dengan gerakan mereka. Sekadar jadi penyokong sahaja kerana aku tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan di timur tengah. Aku cuma menerima tempias bekas-bekas pelajar yang pernah belajar disana sahaja. Aku bukan tak nak menceburkan diri secara aktif, tapi pergerakan ku agak terbatas kerana aku adalah perempuan desa. Lagi pun, tentu ayah tidak akan membenarkan aku untuk berbuat demikian.

     Aku telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Agama Islam bagi tingkatan 4 dan 5. Jadi, dengan bahasa mudah, aku ni dikira sebagai ustzahlah. Aku pun tidak tahu atas dasar apa aku ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut. Mungkin oleh kerana ayahku adalah seorang guru pondok. Ramai juga dari kalangan guru-guru disekolah itu yang selalu datang untuk mendengar kuliyah agama ayah.

     Jadual harianku bermula dari pukul 7.45 hingga pukul 1 tengahari. Selain mata pelajaran Pendidikan Islam, aku juga turut ditugaskan mengajar tawarikh. Tapi mujur juga aku ni jenis orang yang minat sejarah. Banyak sejarah dan tamadun yang aku ketahui melalui pembacaan dan kajianku. Sekurang-kurangnya kita boleh belajar melalui sejarah tamadun manusia lampau. Boleh dibuat panduan dan pedoman kerana sejarah sentiasa berulang Cuma dalam bentuk yang berlainan sahaja.

     Banyak sejarah yang patut kita ketahui dan pelajari terutamanya sejarah tamadun Islam. Di Asia Tenggara sahaja banyak tamadun dan kerajaan Islam yang tertua pernah mencapai kegemilangan suatu ketika dahulu. Contohnya Kerajaan Acheh, Fatani dan Melaka. Tiga buah kerajaan Islam yang cukup masyhur suatu ketika dahulu yang patut dipelajari dan dikenang oleh setiap pelosok masyarakat untuk diambil iktibar dan pengajaran.

     Aku sendiri pernah melawat kesan­kesan tinggalan Kerajaan Fatani Darussalam ketika mengikut ayah dan ibu kesana untuk menziarahi sanak saudara dan kaum keluarga yang tinggal di sana. Semuanya hanya tinggal kenangan yang semakin dilupakan oleh golongan muda. Suatu sejarah yang patut dibanggakan oleh seluruh umat Islam nusantara khususnya. Aku berkesempatan melawat Masjid Pintu Gerbang, Perigi Hang Tuah, tapak istana Kerajaan Fatani di Pulau Kerengga, makam Sultan Muzafar Shah, makam Syeikh Abdul Samad al­Falimbani yang telah gugur syahid sewaktu menentang Kerajaan Siam untuk menakluk Fatani dan lain­lain tempat bersejarah di sana.

     Air mataku menitis sewaktu bersimpuh di suatu makam ulama dan pejuang yang syahid. Tiada sebarang tanda atau bangunan yang melingkunginya. Terletak jauh dalam sebuah kebun getah dan terbiar begitu sahaja. Itulah makam Syeikh Abdul Samad al­Falimbani, rakan perguruan dan seperjuangan ulama terkenal Syeikh Daud Abdullah al­Fatani.

     Sempat kami menghadiahkan Fatihah dan gugusan doa buat pejuang agama itu agar Allah merahmati rohnya serta diletakkan bersama golongan terpilih.

     Sekarang ni musim buah­buahan serta musim mengetam padi. Kebun buah­buahan di belakang rumahku berbuah lebat. Rambutan, langsat, dokong, duku, rambai dan sebagainya. Sampai tak terdaya untuk mengutipnya. Selalunya aku dan ibu akan mengutip buah­buah yang gugur kemudian disedekahkan kepada anak­anak pondok dan orang­orang kampong. Ayah akan letakkan buah­buah tersebut atas tangga surau pondok. Sesiapa sahaja yang mahu makan,boleh ambil.

     Bila musim buah begini, pondok pengajian selalunya akan dipenuhi dengan pelbagai jenis buah. Bukan dibeli, tapi dari orang­orang kampong yang datang menyedekahkan buah­buah tersebut kepada penghuni pondok Madrasah Ahmadiyyah ini. Begitulah selalunya, jika ada majlis kenduri seperti maulid Nabi, peralatan dan bahan­bahan mentah tak perlu dibeli. Semuanya disedekahkan oleh penduduk kampong dan para dermawan.

     Sewaktu aku sampai di kaki tangga rumah, aku dapati banyak selipar dan terdengar beberapa suara orang bercakap dari atas rumah. Aku tak jadi naik ikut pintu depan. Aku terus menuju ke pintu dapur sambil membimbit satu raga besar yang berisi dengan buah­buah dari kebun tadi.

     Assalamualaikum! Salam kuberikan sambil menolak daun pintu.

     Waalaikumussalam.! Beberapa suara perempuan menjawabnya serentak. Terkejut juga aku apabila mendapati tiga wanita yang tidak kukenali sedang bersembang dengan ibu.

     Aku meletakkan raga diatas meja dan menghampiri wanita­wanita itu untuk bersalam.

     Inilah anak hamba, Fatimah. Ibu memperkenalkan aku pada tetamunya.

     Ooooo. Terdengar suara begitu.

     Aku agak pelik, siapakah wanita­wanita yang tidak pernah kulihat ini. Nak kata teman atau saudara ibu,aku sendiri tak pernah jumpa dengan mereka sebelum ini.

     Che Jah, Che Nah dan Che Pah naiklah dulu. Nanti kita sembang kat atas. Ibu mempersilakan para tetamunya ke ruang tamu. Di ruang tamu pun aku terdengar suara beberapa orang lelaki sedang berbual.

     Ada majlis apakah hari ni? Soalku sendiri.

     Cepat, bersiap­siap. Orang tengah tunggu tu. Bisik ibu padaku setelah tetamunya berlalu.

     Untuk apa bu? Soalku kehairanan. Apa pula kaitan aku dengan tetamu ibu tu.

     Itulah wakil dari pihak Hussin, datang nak meminang Fatimah. Jawapan ibu benar­benar buat aku terkejut. Tidak terlintas pun di hatiku tentang peminangan itu. Aku terlalu asyik dengan kehidupan harianku tanpa sempat memikirkan tentang ikatan pertunangan.

     Apa yang harus aku lakukan untuk menghadapi rombongan itu? Aku sekadar mandi dan bersiap seadanya. Tiada apa yang perlu aku tampilkan. Aku mahu mereka menerima aku sekadarnya dan seadanya. Aku tak mahu jadi hipokrit dengan menampilkan diri yang boleh menipu pandangan orang lain dan akan membuat persepsi yang salah terhadap aku. Aku hanya anak desa yang baru disentuh arus kemajuan dan kemodenan negara.

     Aku dengan rasa segan, keluar menghampiri kelompok perbincangan itu. Dengan tertib aku duduk bersimpuh di sisi ibu.

     Macam mana Che Som, setuju tak dengan cadangan kami tu? Soal emak Hussin. Aku tak tahu pasal apa yang tengah diperbincangkan yang menuntut persetujuan ibu itu.

     Seeloknya kita Tanya tuan empunya diri dulu. Jawab ibu sambil menoleh ke arahku.

     Macam mana pendapat Fatimah, jika kita langsungkan perkahwinan tu selepas Hussin balik dari Mekah nanti? Soal perempuan yang bernama Che Jah.

     Semua mata tertumpu ke arahku. Menantikan jawapan yang akan menentukan perjalanan majlis kenduri tu nanti.

     Hamba ikut sahaja apa yang dipersetujui antara ibu dan makcik semua. Aku kira itulah jawapan yang paling tepat dan selamat bagiku pada waktu ini.

     Dah kalau begitu kata Fatimah, hamba rasa kita setuju sahaja dengan cadangan tu. Sampuk ayah. Lebih kurang setahun jugalah aku akan menjadi tunangan Hussin sebelum di ijab kabulkan sebagai seorang isteri yang sah kerana Hussin akan belayar dengan kapal haji ke Mekah bersama emaknya bulan depan.

     Maka hari ini sahlah aku menjadi tunangan orang. Dalam usia seawal 20an ini, aku sudah di ikat oleh keluarga dengan seorang pemuda pilihan keluarga.

     Ya Allah, jadikanlah kami orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk, yang tidak menyesatkan dan tidak disesatkan, damai dengan para kekasihMu, demi cinta kami kepadaMu, kami mencintai orang­orang yang engkau mencintainya. Dan demi permusuhanMu, kami akan memusuhi orang­orang yang memusuhi Engkau.

     Ya Allah, yang menghilangkan segala kesedihan, yang mengembirakan segala dukacita dan yang mengabulkan semua permohonan lagi pula Maha Pangasih dan Maha Penyayang baik di dunia mahupun di akhirat, curahkanlah rahmatMu kepada kami, rahmat yang menjadi kami tidak memerlukan selain kepadaMu.

Ya Allah, inilah permohonan kami, dan Engkaulah yang mengabulkan, inilah kesungguhan kami dan Engkaulah tumpuan harapannya. Tiada daya upaya kecuali dengan Engkau.

Hari ini aku pulang agak lewat dari sekolah. Pihak pentadbiran sekolah sedang merancang untuk merayakan ulang tahun kemerdekaan ke 11. aku sebagai salah seorang ahli jawatankuasa persiapan terpaksa bertungkus­lumus dalam memastikan program yang bakal diadakan nanti berjalan lancer seperti yang dirancang. Perayaan itu diadakan selama tiga hari berturut­turut.  

Hujan turun mencurah­curah sewaktu aku dalam perjalanan pulang. Payung tidak kubawa kerana pagi tadi cuaca amat terang sekali dan tidak kusangka sama sekali bahawa hujan akan turun mencurah dengan lebatnya. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 6 petang. Suasana agak gelap oleh kerana matahari dilindungi awan yang sarat dengan air. Sewaktu aku tiba disimpang jalan, hujan masih lagi belum menampakkan tanda­tanda untuk reda. Pondok tempat menunggu bas tidak mampu untuk menahan tempias hujan yang dibawa angin, pakaian ku mulai basah.

Alang­alang dah basah, baik jalan terus! Gumam hatiku sambil melangkah keluar dari pondok menunggu bas itu.

Aku terpaksa berjalan hampir setengah kilometer untuk sampai ke rumah. Jalan yang hanya dikelilingi pohon buah­buahan yang sedang lebat itu kelihatannya sunyi. Aku tiba­tiba je disambar perasaan seram dan takut. Padahal jalan itu selalu aku laluinya untuk keluar masuk sama ada untuk ke sekolah atau mana­mana sahaja. Pakaianku basah kuyup ditimpa hujan. Badanku sedikit rasa terketar oleh kerana kesejukan. Aku mempercepatkan langkahku untuk menuju kerumah.

Dalam kesuraman senja itu aku terlihat kelibat bayangan lembaga. Aku tidak pasti rupa bentuknya. Hatiku berdegup kencang. Aku memberhentikan hayunan langkah sebentar sambil memandang keadaan sekeliling. Namun tiada pun menunjukkan tanda ada orang.

Perasaan je kot! Detik hatiku untuk menenangkan perasaan yang tidak tentu arah ini.

Aku menyambung kembali langkah yang terhenti. Langkah yang mula tidak teratur. Oleh kerana ketidakperhatianku, aku tersadung sebatang kayu lalu jatuh tertiarap diatas tanah. Aku cuba bangun, tapi tiba­tiba tubuhku dipeluk kuat dan kemas dari belakang. Aku meronta­ronta sambil menjerit minta tolong. Namun kekuatan pelukan itu tidak mampu aku leraikan. Tangannya menutup mulutku supaya aku tidak dapat menjerit untuk meminta tolong.

Aku terus diheret oleh lembaga tersebut kedalam semak yang berhampiran.

Lepaskan aku! Lepaskan aku! Jeritku kuat sambil meronta­ronta.

Namun jeritanku itu tidak dihiraukan. Aku dicampak kedalam semak. Kepalaku terhantuk pada tunggul kayu. Sakitnya bukan kepalang. Ada cecair pekat dan panas mengalir turun dari kepalaku dan pandanganku mula berpinar­pinar.

Tolonglah lepaskan aku! Tolonglah.! Rayuku lagi pada lembaga yang sedang bercangkung dihadapanku. Aku tidak dapat mengecam dengan jelas kerana kepalaku sakit sangat dan pandanganku kabur sekali.

Dan akhir sekali, aku rasakan satu tamparan yang kuat singgah di pipiku. Selepas itu aku tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang terjadi. Aku serahkan diriku pada takdir Ilahi.

Hanya pada Allah aku serahkan takdir diriku. Aku adalah hambaNya yang lemah. Tiada daya mahupun upaya untuk menjangkaui ketentuan Tuhan. Pasrah aku menerima takdir ini keatasku walaupun terlalu perit untuk aku menerima kenyataan.

Beginikah kesudahan nasibku? Aku tidak lagi perawan, setelah diragut manusia bernafsu syaitan. Diriku tidak lagi suci!!

Hanya air mata temanku yang paling setia selepas peristiwa hitam yang meragut kesucianku itu. Aku lebih suka bersendirian mengenangkan masa depan yang kebur. Bagaimanakah pertunanganku dengan Hussin? Mustahil lelaki sebaik Hussin mahu menerima perempuan kotor seperti aku. Sedangkan masih ramai gadis yang baik diluar sana.

Sudahlah Fatimah! Jangan dilayan sangat perasaan tu. Entah bila ibu masuk kebilikku pun tidak ku sedar. Dia hamper kepadaku lantas memelukku erat.

Fatimah tidak suci lagi bu, Fatimah kotor! Esakku dalam rangkulan ibu. Aku sudah tidak dapat menahan kesedihan hati.

Fatimah tak bersalah. Ibu dan ayah serta orang lain yakin dengan Fatimah. Pujuk ibu.

Bagaimana dengan Hussin? Mahukah dia mempercayai Fatimah? Mahukah dia menerima Fatimah? Soalku pada ibu dalam esak.

Dia ada diluar. Dia mahu ketemu Fatimah. Mahukah Fatimah menemuinya? Soal ibu padaku?

Fatimah malu bu, Fatimah malu! Esakku lagi. Betapa malunya aku untuk berdepan dengan pemuda sebaik Hussin.

Jangan macam tu, dia pemuda yang baik. Usah Fatimah gusar dengan cintanya pada Fatimah. Pujuk ibu sambil mengesat air mataku dengan hujung jari telunjuknya.

Sudah, sapu air mata tu. Nanti Hussin masuk. Arah ibu lembut. Aku menurut arahan ibu walaupun esakan kecil masih lagi menguasai diriku.

Assalamualaikum!! Sekonyong­konyong suara lelaki memberi salam. Aku tahu, itu suara Hussin. Aku tidak mampu untuk bertentang mata dengannya. Aku hanya tunduk memandang hujung tudung yang kupakai. Tanganku menggenggam erat tangan ibu yang duduk disebelah menemani aku.

Masuklah Sin! Jemput ibu.

Aku masih kaku bersimpuh diatas katil dalam bilikku. Betapa sendunya aku menemui tunangan dalam keadaanku begini. Hussin berdiri betul­betul dihadapan ku.

Fatimah.. Serunya perlahan. Aku masih membatu ditempat dudukku disisi ibu.

Saya tahu macam mana perasaan Fatimah ketika ini. Tentu Fatimah sangka semua orang memandang serong pada Fatimah bukan?!

Abang tidak tahu perasaan Fatimah! Aku memberanikan diri untuk menjawab kata­katanya itu.

Abang tahu Fatimah, abang tahu. Dia memotong kata­kataku.

Aku terlebih tahu tentang perasaanku!!! Jerit hatiku sendiri.

Dan kini, abang nak Fatimah tahu perasaan abang pula. Kata Hussin.

Fatimah tahu, abang nak putuskan pertunangan kita bukan?! Sebab Fatimah bukan lagi perawan, Fatimah sudah tidak suci lagi. Fatimah tidak layak untuk abang! Esakanku semakin menjadi­jadi.

Bukan Fatimah! Walau apa pun sangkaan orang terhadap Fatimah, abang tetap yakin dengan Fatimah. Bagi abang, Fatimah tetap perawan, Fatimah tetap suci, Fatimah tidak bersalah!

Dan abang akan tetap penuhi janji abang untuk memperisterikan Fatimah! Masih sudikah Fatimah menjadi suri hidup abang? Kata­katanya itu membuatkan aku mendongakkan kepala memandang kearahnya. Sinar matanya membayangkan keikhlasan kata­katanya itu. Dia mengangguk sebagai tanda membenarkannya. Air mataku bercucuran mengalir.

Tuhan, betapa besarnya anugerahMu kepadaku. Rupanya masih ada lagi orang yang mempercayaiku. Betapa benarnya cintanya yang Engkau kurniakan.

Betapa tulusnya hati lelaki ini. Jika aku ditempatnya belum tentu aku akan membuat keputusan sepertinya kerana aku sendiri tidak sanggup untuk berdepan dengannya.

hari­hari yang kulalui tidak seceria dulu lagi. Kenangan peristiwa hitam itu terus menghantui fikiran, ingatan dan kehidupanku. Itulah diantara hari yang malang dalam hidupku.

Mengikut cerita ibu, penduduk kampong menemuiku terbaring dalam semak selepas gerakan mencari dilakukan bersama penghuni pondok Madrasah Ahmadiyyah diketuai oleh ayah dan Hussin sendiri. Mereka menemui beg yang aku bawa diatas jalan, lalu mereka menyelongkar semak dikawasan sekitar.

Kesyukuran juga kupanjatkan kerana menyelamatkan aku daripada bahaya yang berterusan. Aku telah diusung kerumah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dua hari kemudian baru aku sedar tentang tragedi itu.

Sekarang aku bercuti kecemasan selama sebulan. Pihak sekolah membenarkan permohonan cutiku. Aku tidak mampu untuk meneruskan tugasanku kerana bayangan peristiwa itu masih menghantui perasaanku. Kesihatanku pula sering terganggu. Pihak hospital juga mencadangkan supaya aku berehat buat sementara waktu bagi menenangkan fikiran yang sedang kusut ini.

Aku habiskan masa seharianku hanya dalam bilik. kerja­kerja rumah, ibu yang uruskan segalanya. Termasuk makan pakaiku.

Maafkan Fatimah bu! Bisik hatiku. Bukan niatku untuk memperlakukan ibu seperti hamba. Tapi keadaanku yang memaksa aku demikian.

Aku malu untuk berdepan dengan masyarakat. Aku takut mereka akan memandang serong dan menuduh aku perempuan yang tidak suci lagi. Bilik kecilku ini adalah duniaku sekarang. Dunia yang membuatkan aku rasa sedikit tenang tanpa gangguan. Dunia yang memberikan aku peluang dan ruang untuk memikirkan tentang masa depan yang terus berbalam.

Walaupun Hussin telah memperteguhkan janji, namun aku masih ragu­ragu dengan diriku sendiri. Mampukah aku membahagiakan Hussin nanti? Mampukah aku menjadi seorang isteri yang terbaik buat Hussin? Sedangkan peristiwa silam sering mengejar aku. Aku terlalu takut kalau­kalau rumahtangga yang bakal aku bina bersama Hussin nanti tidak dapat mengecapi nikmat bahagia sebagaimana yang diharapkan.

Fatimah, jangan kamu menyesali takdir. Allah terlebih tahu akan hikmat setiap kejadian yang berlaku. Jelas ayah pada suatu hari sewaktu dia masuk menjengok aku dalam bilik.

Kita sebagai hamba, perlu redha dengan setiap ketentuan Tuhan. Berdoalah kepadaNya selalu. Mohon petunjuk hidayah, keampunan serta limpah kurnia. Hanya Tuhan yang tahu segala­galanya yang manusia tidak tahu. Hanya Tuhan yang mampu menolong. Jelas ayah padaku.

Ayah faham perasaan Fatimah. Usah Fatimah risau, kami semua yakin dan tetap mempercayai Fatimah seperti dulu kerana kami tahu Fatimah tidak bersalah. Tambah ayah lagi sambil mengusap kepalaku.

Sedikit rasa lega bertamu dalam jiwa oleh kerana sokongan ayah dan ibu serta Hussin yang mempercayaiku. Saat­saat begini aku rasakan bahawa diriku masih disayangi oleh semua orang.

Sudah hampir sebulan peristiwa hitam itu berlalu. Aku cuba untuk melupakan mimpi ngeri itu, tapi terlalu sukar.

Assalamualikum! Aku terdengar suara orang memberi salam ditangga rumah disusuli suara ayah menjawabnya.

Aku membiarkan ayah dan ibu yang menguruskan segala­galanya. Dulu aku yang selalu menyediakan hidangan atau jamuan apabila ada tetamu yang datang. Namun rutinku itu telah diambil oleh ibu sendiri sejak peristiwa itu.

Fatimah, cepat bersiap. Hussin dan emaknya nak jumpa Fatimah, beritahu ibu yang tiba­tiba muncul dimuka pintu bilikku.

Aku memandang ibu dengan pandangan kosong. Terlalu berat hatiku untuk menemui Hussin dan emaknya walaupun dalam hatiku bersarang rasa rindu pada Hussin. Lelaki yang telah mengikat janji setia padaku untuk tetap mengambil aku sebagai isterinya biarpun apa yang telah berlaku.

Aku bermalasan bangun mengadap cermin. Betapa aku sendiri terkejut dengan diriku. Wajah yang agak cengkung dan pucat tidak seperti dulu. Ada garis hitam dibawah kelopak mata. Aku menyarung baju kebarung dan mengenakan tudung.

Dengan keberatan aku keluar juga untuk menemui Hussin dan emaknya diruang tamu. Aku mengatur langkah dengan perlahan. Ayah, ibu, Hussin dan emaknya serentak memandang kearahku apabila aku mendekati mereka. Aku bersalaman dengan emak Hussin, bakal mertuaku sebelum duduk bersimpuh disisi ibu.

Mak dan Hussin datang ni nak jumpa Fatimah sebelum kami belayar ke Mekah. Emak Hussin memulakan bicaranya. Aku hanya berteleku memandang lantai.

Mak berdoa dan berharap moga Fatimah bersabar. Kepercayaan mak dan Hussin tak pernah luntur terhadap Fatimah.

InsyaAllah, jika takdir menyebelahi kita, majlis perkahwinan tu akan kita langsungkan sebaik sahaja kami kembali dari Mekah. Sambungnya lagi.

Abang harap, Fatimah sabar menanti kepulangan abang nanti. Doakan abang dan mak selamat pergi dan selamat kembali. Ujar Hussin pula.

Sanggupkah Fatimah menunggu kepulangan abang? Tiba­tiba Hussin bertanya. Aku mengangkat muka dan merenung kearahnya.

InsyaAllah, Fatimah akan tunggu sampai abang pulang. Fatimah juga harap abang dan mak doakan agar Fatimah tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup ini. Tuturku perlahan.

Sebelum Hussin dan emaknya balik, aku menghadiahkan sehelai selendangku kepada Hussin sebagai kenangan dan tanda mata cintaku kepadanya. Semoga selendang itu akan membuatkan Hussin sentiasa mengingatiku walau dimana sahaja dia berada dan aku mahu dia tahu bahawa aku sentiasa menanti kepulangannya.

Aku lepaskan keberangkatan Hussin dan emaknya itu ke Mekah dengan iringan doa yang berkekalan dan harapan agar mereka selamat pergi dan kembali serta kepulangannya nanti dengan suatu hasrat untuk menunaikan janji yang telah di ikrarkan.

Pada masa ini, para bakal haji akan menaiki kapal laut dan belayar hampir sebulan untuk sampai ke Pelabuhan Jeddah. Dari Jeddah, mereka akan berangkat ke Mekah dan seterusnya Madinah. Keseluruhan urusan haji itu mengambil masa hampir lima bulan.

Aku cuba mencari ketenangan bagi mendamaikan perasaanku yang masih belum mampu untuk melupakan peristiwa hitam itu. Aku banyak menghabiskan masaku dengan membaca makalah dan kitab­kitab yang ada dalam koleksi ayah. Semua jenis buku dan kitab kubaca. Juga karya­karya sastera terutamanya karya Pak Hamka dan Tok Kenali.

Mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi, cuma kita sebagai manusia tidak dapat menerokai alam rahsia yang tidak ditunjukkan Tuhan. Dalam keadaan begini, aku telah dapat menghafal sepertiga daripada kitab suci al­Quran. Yang mana aku ulangi bacaannya hari demi hari agar hafazan itu berkekalan sehingga aku mati.

Dalam detik masa yang berlalu, aku sudah mampu untuk kembali membantu ibu menguruskan kerja rumah. Ibu kelihatan agak gembira dengan perubahanku. Walaupun aku kurang bercakap, namun aku masih bersedia mambantu ibu untuk menguruskan rumah.

Fatimah, ini ada surat buat Fatimah. Ibu menghulurkan sepucuk surat kepadaku.

Pertama kali aku menerima surat yang bersetemkan Arab Saudi. Aku sudah dapat mengagak ini surat dari siapa. Aku tersenyum menyambut surat itu dan terus membukanya oleh kerana ketidaksabaranku untuk mengetahui isi kandungannya.

 

Assalamualaikum..

 

Buat tatapan Fatimah yang diingati dan di rindui selalu. Abang doakan moga­moga Fatimah berada dalam kesejahteraan Iman dan manisnya amal.

Bagaimana keadaan Fatimah sekarang? Abang sentiasa berdoa agar Fatimah akan menjadi gadis yang tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan. Bagaimana keadaan ayah dan ibu Fatimah? Sesungguhnya mereka cukup bertuah kerana memiliki anak gadis sebaik Fatimah. Abang dan emak disini sihat sejahtera. Emak berkirim salam buat Fatimah dan keluarga di sana.

Entah mengapa, tergerak hati abang untuk mengutuskan surat ini buat Fatimah. Mungkin oleh kerana terlalu rindukan Fatimah! Setiap kali abang berkunjung dan bersolat di sisi Kaabah, abang sentiasa mendoakan kebahagiaan buat kita. Abang berharap agar Fatimah akan berbahagia hidup bersama abang nanti. Abang juga berharap Fatimah bersedia untuk melahirkan zuriat­zuriat abang. Abang nak ramai anak. Kalau boleh sampai 20 orang!

Ishabang ni, ingat Fatimah kilang anak ke?! Bisik hatiku sendiri sambil tersenyum. Aku meneruskan pembacaanku kembali..

abang harap Fatimah akan sabar dan setia menanti kepulangan abang. Bila abang pulang nanti, abang akan tunaikan janji abang pada Fatimah. Semoga kita akan berbahagia sampai ke akhir hayat.

Akhir kata, sambutlah salam rindu dari abang dan emak di sini buat Fatimah dan keluarga di sana.

 

                                 

                                      Tunanganmu

                                      Hussin.

 

Aku lipat dan simpan kemas surat Hussin itu. Aku selalu berulang kali membacanya apabila angin rindu datang menyapa kesepian hati. Tatkala itu, aku akan membuka dan membacanya berulang kali. Walaupun selalu, namun tidak pernah ada rasa jemu dihatiku untuk terus membaca dan menatapnya.

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui takdir hambaNya. Rupa­rupanya itulah surat pertama dan terakhir buatku dari Hussin. Apabila awal Rejab yang dijanjikan, hanya emaknya sahaja yang datang kerumahku, tanpa Hussin.

Hatiku tertanya­tanya kenapa hanya emaknya sahaja yang datang menemuiku? Kemana perginya Hussin? Mungkir janjikah dia padaku? Namun aku masih mampu mengawal gejolak perasaanku itu sewaktu berhadapan dengan emaknya diruang tamu bersama ayah dan ibu.

Mak harap Fatimah sabar dan tabah dengan apa yang bakal mak khabarkan. Aku tengok wajah tua wanita itu kelihatan redup dan tegang sekali seolah­olah menyimpan suatu rahsia yang maha hebat untuk ditanggungnya sendiri.

Apa dia mak? Khabarkannya pada Fatimah! Kesabaranku semakin tergugat apabila emak Hussin terlalu lama untuk memberitahuku mengenai pengkhabaran yang dibawanya itu.

Hussin dah tak ada!

Apa maksud mak dengan abang Hussin telah tiada?! Soalku inginkan kepastian. Namun air mata mula membanjiri kelopak mata ini.

Hussin telah meninggal. Dia terlibat dalam kemalangan dalam terowong Al-Muassim di Mekah!

YaAllah! Jawapan emaknya itu buat perasaanku hiba.

Aku telah kehilangan lelaki yang aku cintai tanpa sempat ditunaikan janjinya padaku. Lelaki yang mempercayai kesucianku dengan sepenuh hatinya.

Siapakah lagi yang akan mempercayaiku selain dia? Mengkinkah ada lelaki lain yang sanggup menggantikan tempatnya disisiku? Bagaimanakah masa depanku seterusnya tanpa dia untuk memberikan semangat buatku?

OhTuhan

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kepapaan, kekurangan dan kehinaan. Dan aku berlindung dengan Engkau dari aku menganiaya atau dianiaya

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu akan sesuatu kehidupan yang bersih, kematian yang lurus (wajar) dan kembali dengan tidak ada mendapat kehinaan dan cacat cela.

Ya Allah, tunjukkilah aku ke arah sebaik­baik akhlak tidak ada yang dapat menunjuki ke arah yang sebaik­baik akhlak kecuali Engkau. Dan palingkanlah aku dari kejahatan akhlak itu, yang tidak akan ada yang dapat memalingkannya daripadaku akan kejahatan kecuali Engkau sahaja

Amin..

 

 

Seruling Senja

15.12.03

4.02 petang

pejabat peguambela & peguamcara

Kota Bharu,   Kelantan.                               

Full name:
Email address:
Comment:
  

Enter supporting content here