Bayangnan lampu malam menemaniku
Dalam mencoret satu bingkisan buat tatapan
insan
Kesunyian dan kesepian bagaikan celak
Yang mewarnai kening ilham ku
Alunan dengkur bagaikan dersik
Yang mengulik penaku agar menari-nari mengukir
gurindam
PELAYARAN
Kehidupan mu diibaratkan sebagai pelayaran
Punyai layar dan pelayar
Belayar dilautan yang kadang-kadang tenang
Kadang-kadang bergelora
Setiap layar hanya untuk seorang pelayar
Dibekalkan dengan beg yang bernama hati
Diisi dengan iman ilmu dan amal
Bukalah beg itu berhati-hati
agar isinya tidak liut ditikam jarum yahudi
Harungilah lautan hidup
dengan senyuman kesyukuran dikala tenang
Redahilah dengan kesabaran dikala bergelora
Namun begitu
Wahai insan dipersinggahan
Kehadiran seorang pelayar harus dinanti
Tapi jangan ditangisi pemergiannya
Namun kenanglah ia selalu
Tahan tangisan mu
Agar menjadi bara dihati
Pembakar semangat dijiwa
Bagi mendaulat satu perjuangan
Menabal satu kebenaran
Iaitu ISLAM yang tertinggi
Dan tiada yang lebih tertinggi darinya
INSAN
Jasadmu harus dibentangkan demi insan lain
Yang ingin mencari kebahagiaan
Jasadmu jua harus dibentengkan
Untuk insan
yang mencari perpecahan dan kebencian
Moga disitu lahir kasih sayang
Lambang kelembutan dan keunikan DI-NUL ISLAM
CETUSAN MINDA LUAHAN
RASA
SENTUHAN NURANI
Suteraqalbu
08/01/04
02.30pm-kusza