SALAM
Sampaikanlah salamku buat sidia
Teman yang ku kenang
Pemergianmu sungguh tak ku duga
Ku ingin bertanya mengapa dikau pergi
Dan ingin ku ucap salam terakhir buat mu
Demi sebuah cinta yang menyakitkan
Ku aniya dirimu
Dikau tak mampu menahannya
Kau beriku kemaafan sedangkan aku yang
silap
Demi sebuah perhubungan
Dirimu yang tak berdaya menyekat perpisahan
Terpaksa terima walau hati terseksa
Mengukir langkah menghiasi kepedihan
Andainya kini ku punya waktu, masa dan
peluang
Ingin ku berjumpa dengan mu
Ingin ku putarkan kembali kenangan dan
janji-janji ku
Ingin ku tunaikan dan hidup kan
impian mu
Aku bertanggungjawab!!!
Telah lama dirimu terseksa
Kini ku datang dengan seribu bintang dan
harapan
Ingin menebus kesilapan dan mengubati luka
Ku tatap wajahmu
Terasa belas dan syahdu
Kerana ku tahu akulah lelaki yang paling
jahat
Sekian lama kita bercinta
Putus di persimpangan tanpa kesudahan
PENANTI SINAR KASIH
Suteraqalbu
07.01.04
07:11pm-kusza