Di Hujung Sendu
Laman Utama | Doa | Galeri Foto | Legal | Diskusi | Untaian Kata | Sudut Hukum | Warkah | Puisi | Cerpen | Kembara | Tetamu | Tazkirah | Link | Komentar Buku
Seruling Senja

Semalam
Lewat bicara kita
Pada perkisahan sebuah cinta
Bersama hangatnya rindu membara
Tidak pernah padam walaupun seketika.

Sayang,
Usah ditanya tentang cintaku
Kerna ianya milikmu
Selepas Tuhan dan rasulku

Sayang,
Jangan ditanya pasal rindu
Kerana hanya wajahmu
Dapat menenangkan jiwaku

Sayang,
Mampukah kita berjauhan
Padahal rindu hangat membakar perasaan
Dekat pun tidak dapat redakan
Apatah lagi nak dihilangkan

Namun
Itulah cinta
Tidak akan manis tanpa
Dugaan dan ujian menggugat rasa
Terpaksalah kita relakannya
Dengan linangan air mata
Dan sendu di jiwa.


Seruling senja
23 Julai 2003
3.52 petang
serulingsenja@hotmail.com

Enter supporting content here