Bisikan Hati
Laman Utama | Doa | Galeri Foto | Legal | Diskusi | Untaian Kata | Sudut Hukum | Warkah | Puisi | Cerpen | Kembara | Tetamu | Tazkirah | Link | Komentar Buku
Seruling Senja

     Lewat bicara ini, hatiku dilanda seribu satu macam kesedihan, kepiluan oleh kerana terpaksa melepaskan dikau pergi. Walaupun bukan untuk selamanya, namun kita masih tidak tahu bilakah kita akan bertemu lagi. Setiap saat aku merindui mu semakin lama dan lambat masanya untuk bertemu. Bayangan wajahmu sentiasa hadir disisiku dan suara bicaramu sentiasa membisikkan kata-kata rindu pada telinga ku.

    

       Saat-saat bersama mu adalah antara waktu-waktu yang terindah dalam hidupku. Bertemu denganmu tidak pernah ada jemu malah aku tetap merinduimu walaupun saat itu dirimu berada dihadapan dan disisiku. Rinduku tidak pernah padam walau disirami lebat hujan. Kasihku tidak pernah goyah walau ditiup ribut taufan melanda. Dan cintaku tidak pernah karam walau dipukul ombak dan badai.

 

     Sesungguhnya berjauhan ini mengajar kita erti rindu. Betapa seksanya rindu namun ia tetap jua manis akhirnya tatkala kita bertemu untuk menebus segalanya. Pada saat itu aku rasakan bahawa akulah orang yang paling bahagia kerana memiliki kasih dan cintamu. Rindu ini mengajar kita erti setia pada sang kekasih yang dikejauhan. Walau tiada dimata, namun ia tetap kukuh dan teguh di hati. Kerana separuh daripada jiwa dan hatiku telah dibawa pergi bersamamu.

    

     Tiada kata yang selayaknya untuk aku gambarkan perasaan ini pabila terpaksa melepaskan dirimu pergi. Bukan kerana benci tapi oleh kerana suatu janji yang perlu dipatuhi dan satu sumpah yang perlu dikotakan. Aku yakin dengan cintamu, maka aku relakannya perpisahan yang diharapkan sementara cuma ini dengan sebuah janji yang telah dimeterai dihati bahawa kita pasti akan ketemu lagi.

    

     Dikala ini, janganlah dirimu sangsi pada cintaku, janganlah dirimu was-was dengan kasihku dan janganlah dirimu curigai rinduku kerana tanpa kasih aku derita, tanpa rindu aku merana dan kerana cinta aku mati.

 

 

Seruling senja

30.11.2003

4.20 petang

KB   

Enter supporting content here