Wajahmu
Yang aku rindu
Wajahmu
Sering hadir dalam mimpiku
Wajahmu
Sering terbayang dalam jagaku
Wajahmu
Buat aku fana dengan bayanganmu
Dunia cintaku dan cintamu
Wajahmu
Kutemui dimanamana
Tiada takluk pada saat dan masa
Waktu jaga
Masa lena
Waktu duka nestapa
Mahupun gembira
Wajahmu
Bukan suatu ilusi
Tapi ia pandangan naluri
Wajahmu
Bukannya mimpi
Kerana ia bersemi
Dan bersatu dalam diri.
Seruling Senja
9.12.2003
10.48 pagi
KB