Dengan penuh rasa bersalah, aku titipkan bicara ini apabila aku sudah tidak mampu lagi untuk meluahkan kata-kata.
Memang aku yang bersalah kerana membiarkan dirimu asyik dengan kasihku dan membiarkan dirimu terkurung dengan rinduku serta
membiarkan dirimu membina tembok penghalang yang tinggi daripada dicerebohi kasih yang lain.
Inilah aku manusia yang lemah. Aku tidak mampu untuk menanggung dua
cinta. Cinta yang subur dalam hati membuatkan aku terus rasa bersalah. Aku tidak mahu melukakan hati sesiapa. Namun dalam
keadaan terpaksa aku perlu memilih antara keduanya. Derita sekarang adalah terlebih baik daripada derita yang bakal ditanggung
kemudian hari. Derita yang lebih parah jika cinta sudah sebati dalam diri. Mengalirnya dalam saraf darah dan ketika itu pastinya
nafas berbau rindu yang akan mencengkam hati.
Entah bagaimana patut aku lakukan kerana aku kelemasan dalam lautan cinta yang tidak bertepi ini. Mana mungkin
aku dapat berpaut antara dua bahtera sedangkan aku hanya punyai satu jiwa. Dalam saat genting begitu, aku terpaksa membuat
pilihan. Dan pilihan itu, aku terpaksa melepaskan dirimu daripada sangkar kurungan cintaku agar dirimu bebas sekehendak hati.
Aku tahu, bukan mudah untuk dirimu menerima hakikat ini sebagaimana sukarnya aku untuk membuat keputusan ini.
Maka dengan penuh sendu, aku leraikan ikatan ini dengan doa agar dirimu bisa tabah menghadapi dugaan hidup ini
tanpa aku lagi. Sesungguhnya tugu kasih yang pernah kita bina tetap aku akan lewati kerana ia tetap suci sebab dirimu pernah
bertamu dan menghuni dihati ini.
Seruling
Senja
28.2.04
11.45
pagi
Chamber
of C.J.
Kota Bharu.