Bersimpuh merendahkan diri
Dalam perjalanan
menuju Ilahi
Mencari pencerahan rohani
Setelah lama hilang punca diri
Kerana sibuk dengan duniawi
Dan mengikut
telunjuk nafsu sendiri
Sungguh terlalu sukar buatku
Mengikis kerak-kerak noda beku
Dari menutupi pintu-pintu
Dalam mencari tuhanku
Tanpa pertolongan seorang guru
Dengan ilmu
Pastinya aku tidak akan bertemu
Serta
mengenal tuhanku dan tuhanmu.
Seruling Senja
27. Jun 2003
10.23 pagi
Madrasah Tuan Guru Syeikh
Abd Qadir
Kg Dalam Lanas, Tumpat.