Merayu
Tuhan,
Tidakku mampu
Menghadapi ombak rindu
Ganas datang tanpa kira waktu
Menerjah pasak pasak kesabaranku
Hampir ia roboh kerana itu
Janganlah Engkau biarkan begitu
Tuhan,
Kini baru aku rasakan
Peritnya secebis kerinduan
Dalam menanti sebuah pertemuan
Buat merawat luka kesabaran
Agar tenang dalam dakapan
Buat menanti waktu perjanjian
Tuhan,
Ku mohon secebis rahmat disisiMU
Buat mendambakan cintaku
Agar tidak ia kaku dan beku
Meniti saat yang telah ditentu
Sementara aku masih berwaktu
Sebelum aku dan Engkau bertemu
Kerana pada saat itu
Aku sudah tidak lagi mampu
Untuk memohon dan merayu.
Seruling Senja
10/02/04
4.49 ptg,
kota bharu.