Rindu
Tuhan
Daya apakah yang aku ada
Untuk menepis bisikan rindu di dada
Datangnya tidak pernah kenal masa
Malah hampir setiap ketika
Hanya air mata yang mampu berbicara
Tatkala tenggelam dalam hiba
Menghadapi rindu pada kekasih yang jauh dimata
Tuhan
Inikah yang dikatakan ketentuan
Takdir sebuah kehidupan kehambaan
Adakah ini suatu kurniaan
Buat menduga secebis kesabaran
Walau aku kelemasan dalam keperitan
Tuhan
Tiada siapa yang tahu kecuali Engkau
Betapa saratnya rasa sendu
Aku bisa karam jika tanpa bantuanMu
Tuhan
Jika benar ini anugerahMu
Bantulah aku
Kerana aku tidak mampu
Untuk mendepani rindu
Yang datang tanpa kira waktu
Seruling senja
27.4.04
2.46 pagi
Tg. Kuala.