Warkah : Luahan Hati Seorang Anak
Laman Utama | Doa | Galeri Foto | Legal | Diskusi | Untaian Kata | Sudut Hukum | Warkah | Puisi | Cerpen | Kembara | Tetamu | Tazkirah | Link | Komentar Buku
Seruling Senja

Luahan Hati Seorang Anak

(Buat Allahyarhamah Bondaku )

 Bonda , ku coretkan kata-kata diruangan ini buat tatapanmu dan  teman-teman yang mengerti.. yang mahu meneliti dan mentafsiragar kata-kata ini membawa seribu pengertian dan keinsafan bagi setiap insan yang bergelar anak.

 Bondaku  Fatimahluahan hati ini khas untukmu..juga buat tatapan teman-teman mayakuluahan hati seorang insan kerdil.

 Bonda..bagaimana harus ku mulakan luahan hatiku ini? Bonda kini sudah genap seminggu kau meninggalkan kamipusara itu masih segar lagi bonda.namun tetap kesunyian. Kau meninggalkan kami untuk bertemu Ilahi. Di kejauhan itu aku memandang betapa singkatnya masa untuk ku curahkan kasihku padamu bonda.

 Bondasetenang air dikolam, begitu jugalah wajahmu. Gelora dihatimu tiada siapa yang tahu. Senyuman manis sentiasa terukir di bibirmu, lindungi perasaan duka disebalik gurauanmu. Bondanamun dari riak matamu,dapat ku baca ada garis keresahan dijiwamu.Aku tahu bonda pemergiaan ku untuk mencuba nasib di kota itu sebenarnya tidak kau izinkan kerana pemergianku akan menghasilkan sisa-sisa kesepian  hidup antara bonda dan ayahanda.

 Namun kau masih mampu tersenyum dan ketawa walaupun jauh disudut hatimu terluka. Bonda..ku bawa jauh hati ini..ku bawa jauh rindu ini, kerana kasihku padamu. Aku ingin membela nasib kita bonda. Aku tidak ingin  lagi melihat kalian bersusah payah meneroka tanah itu demi mencari rezeki. Aku ingin kau tau bonda..jauh disudut hatiku tersimpan seribu impian untuk kalian berdua. Bonda..sesungguhnya bukan mudah untuk aku menjalani hidup ini tanpa dirimu disisi, namun jauh disudut hati, aku masih bermimpi, mimpi yang terlalu indah., kembali kepangkuan kami. Ada waktu-waktunya aku berdoa kau pulang semula. Tapi itu mustahil bonda, tidak mungkin kita hambaNya menghalang ketentuanNya.

 Bonda biarlah ku gantungkan harapanku pada insan yang sudi mengerti, biarlah hati ini sentiasa bersemadi namamu hingga sampai waktu keakhir nafasku. Bonda..demi sebuah kenyataan, yang amat menyakitkan, aku yang tidak berdaya hanya mampu berserah padaNya. Bonda.. seandainya aku punya masa, ingin sekali ku ulanginya semula, saat indah bersamamu. Sayang sekali ianya tidak kesampaian. Begitu mudah untuk diucap, begitu mudah untuk menyakinkan namun ia tetap sukar untuk diterima, pemergianmu  umpama sembilu menikan kalbu, menghiris luka dihatiku.

 Bonda, setenang-tenang wajahmu tidak setenangmu, tidak berdaya lagi aku melindungi kehampaan ini, dalam senyum tawaku mereka tahu diriku terlalu menyayangimu. Bonda..dengarlah rintihan hati anakmu yang rindu dan sepi ini. Masih ku terdengar gurauanmu bonda. Terlalu cepat kau pergi, belum puas lagi ku nikmati kasih sayangmu. Sedari kecil apa saja yang ku pinta tidak sekali pun kau hampakan. Ayah dan ibu.itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari..yang dikurniakan dari Ilahiayah dan ibulah mesti dihormati. Syurgaku tetap dibawah kakimu bonda

 Bonda..gerangan balasan apakah mampu ku berikan diatas limpahan kasih sayangmu. Bagi insan yang melahirkan dan membesarkan ku, insan yang tidak pernah mengenal erti perit. Betapa besar budi yang kau berikan bonda.

 Akan ku alunankan ayat-ayat suci dariNya untuk bekalanmu disana. Doaku agar kau ditempatkan dikalangan insane-insan yang beriman.

Al- Fatihah