Tangan kerdil
menadah layu
Empangan sebak
menahan sayu
Hati duka
diterjah pilu
Bergegar sukma berulas
sendu
Kini padaMu
kuberseru
Tuhan
Kiranya pemergiannya
bernoda
Ampunilah
ayahanda
Atau kiranya
dia kesusahan
Titipkan dia
seperdu kesenangan
Mahupun dia
kegelisahan
Titiskan dia
titis ketenangan
Wahai ayahanda,
Ketahuilah
olehmu bahawa
Setiap yang
hidup pasti menemuinya
Bukan harta
dan pangkat yang dibawa
Cuma iman
dan amal amat berguna
Buat menebus
azab dan sengsara
Mencari damai
di alam sana
Wahai ayahanda
Damailah dikau
di sana
Hadapilah
dengan iman di dada
Buat menjawab
malaikat bertanya
Jangan takut
dan gentar denganya
Sesungguhnya
mereka makhluk Allah jua
Wahai ayahanda
Tenanglah
engkau di sini
Buat menunggu
hari yang dijanji
Usahlah risau
dan bersedih hati
Tasbih dan
doa pasti kuhuluri
Pusaramu pasti
kukunjungi
Pada dingin
subuh setiap hari
Berteleku
dan bermuhasabah diri
Bagi mendamai
sekeping hati
Al-Fatihah buat
ayahanda yang kembali kerahmatullah pada 11.7.98 jam 2 pagi.
Seruling Senja.