Jangan ditanya tentang rinduku
Kerana tiada siapa tahu
Melainkan aku dan Tuhanku
Tiada apa yang aku harapkan darimu
Kecuali untuk menatap wajahmu
Bagi mendamaikan resah kalbu
Oleh kerana cinta dan kasihmu
Rindu ini
Kadangkala umpama haruman mewangi
Menyelubungi perasaan hati
Mewarnai kehidupan ini
Indahnya bagaikan pelangi
Dan mesranya rasa di lubuk hati
Namun ada tikanya ia
Bagai racun berbisa
Menjalar penawarnya
tiada
Walau sudah berada di hadapan mata
Atau dalam peluk lena
Ia tetap merobek jiwa
Selagi mana
Ada rindu di dada
Seruling senja
22.10.03
3.25 ptg
Kota Bharu.