Dengan nama Tuhan yang
penuh Ketinggian kumulakan surat
cinta ini. Semoga kemurahan Tuhan sentiasa melimpahruah dalam cinta kita.
Kekasih….
Buat sekian kalinya aku
titipkan surat ini buatmu. Begitulah jua keadaan jiwa dan perasaanku.
Tidak pernah reda daripada gelora cinta yang memukul pantai hati. Aku kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu
ini buatkan aku lupa pada sesuatu. Kadangkadang aku lupa hari apakah hari ini? Kerana hatiku penuh dengan rindumu. Fikiranku
penuh dengan gambaran wajahmu.
Kekasih…
Aku ingin sekali menebus
segala rinduku disetiap pertemuan kita. Namun, rindu lama tidak sempat terlerai telah terbeban dengan segunung rindu yang
baru. Terlalu sukar untuk aku hapuskan rindu ini dari hatiku walaupun dirimu berada dipangkuanku, rinduku tetap membara. Setiap
kali menatap wajahmu, setiap kali itulah rinduku semakin hangat dan cintaku semakin mekar. Betapa aku kalut dalam melayani
kerenah rindu ini.
Kekasih….
Wujudkah ubat untuk menghilangkan
rindu di hati ini? Walau selalu kutatap gambargambar kenangan kita, rindu ini tetap tidak mahu pulang walau beratus kali
gambargambarmu kutatap,namun begitulah aku.
Hati lelakiku ini masih
tidak mampu untuk mendepangi dugaan rindu ini. Entahlah… aku sering berdoa dan berharap agar ada suatu masa yang dapat
aku lunaskan segala rindu dan dendam yang terbuku di hati ini.
Kekasih…
Aku masih ingat katakatamu,
jika rindu lihatlah pada bintangbintang. Carilah bintang yang paling bersinar dan ketika itu pasti aku tahu bahawa aku
juga turut dirindui.
Saat bersamamu buat aku
cukup bahagia. Pujuk rayumu buat aku lupa segala keresahan dan masalah kehidupan yang aku hadapi. Ingin sekali aku berada
disamping mu sentiasa. Namun keadaan tidak mengizinkan aku berbuat demikian.
Kekasih…
Sekarang ini aku penat
memikul janji cinta kita. Namun aku bahagia kerananya. Dan aku benarbenar tidak sabar untuk menanti hari yang menghalalkan
aku segalanya keatasmu. Dan doaku, moga Tuhan masih sudi untuk merahmati umur dan nyawaku sehingga ke saat itu.
Hanyalah dirimu kekasihku…..
Seruling
Senja
1 Julai
2004
4.36
petang
Puncak
rindu
Tg.
Kuala, Tumpat. |