Dengan nama Tuhan Yang Maha
Pengasih yang masih merahmati hidupku untuk aku utuskan warkah cinta ini buat kekasih yang aku rindui. Semoga Allah merahmati
hidupmu dan hidupku serta bahagiakan kita oleh kerana cintaNYA.
Walau sudah banyak suratsurat yang telah aku kirimkan
kepadamu, namun sarat rindu yang aku tanggung ini tetap tidak pernah surut dari hatiku. Bagai habis sudah ikhtiarku untuk
diterangkan gelora rindu ini. Namun ia tetap hangat di dada.
Kekasih… Setiap malam aku merenung ke dada langit
dan kulihat bintangbintang rindumu bergermerlapan di sana. Betapa aku bahagia kerana aku tahu saat itu bukan hanya aku
malah dirimu juga turut merindui, kerana terlalu banyak bintang yang bersinar di langit tinggi.
Kekasih… Bahasa
apa yang patut aku bicarakan bagi mempersembahkan rindu di dada ini? Kini hanya tinggal tutur mata yang buat menulis lembaran
rindu yang jika diperkisahkan nescaya tidak akan tamat selamanya. Sehingga tiba saat yang telah ditetapkan Tuhan untuk aku,
dirimu dan kisah cinta kita ini. Dan di waktu itu kita akan pasrah dan redha segalanya yang telah ditakdirkan Tuhan.
Kekasih… Sekiranya
telah tiba saat itu buat kita, aku bermohon pada Tuhan agar Dia menjemput kita dengan penuh rasa cinta dan rindu di dada.
Biarlah cinta dan rindu kita ini menjadi saksi betapa agongnya Pencipta yang telah menganugerahkan bagi kita suatu rasa yang
tidak hilang oleh masa dan sebabnya juga kita dicipta.
Kekasih.. Sekiranya selepas ini aku dijemput pergi, jadikanlah
surat cinta ini sebagai suatu nasihat dan pesanan buat dirimu menjalani hidup ini. Yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti
meneruskan hidup ini. Dan saat dirimu baca kembali suratsurat kirimanku ini, hendaklah dirimu ketahui bahawa cinta dan
rinduku menjangkaui tanah yang menutupi bumi.
Seruling senja 17 Julai 2004 6.41 petang Kg. Tg. Kuala,
Tumpat.
|
|
Enter content here
|