Jarak
Dalam
rencah kehidupan,
Aku temui harapan,
Selepas jiwa kehancuran
Lerai berkecaian
Oleh kegagalan
Mendepani
dugaan
Lumatnya bagai debu berterbangan
Dalam hidup ini
Dapat aku pelajari
Erti mimpi dan realiti
Kenyataan
dan fantasi
Dalam perjalanan mengenal diri
Lebur aku dalam hakikat nafsi
Padahal masih jauh lagi
Jarak antara
aku dan Ilahi.
Seruling senja
7 Julai 2004
8.30 malam
kg. tg. kuala
seruling_senja.tripod.com