Kisah Sebuah
Pertemuan
Kelangsungan
pertemuan
Jauh dari sebuah
jangkaan
Menabur benih-benih
ikatan
Bercambah subur
di padang
perasaan
Mekar harum dalam
jambangan
Terpagar rapi
oleh hukum larangan
Walau ia masih
kembang di situ
Ia bukannya milikku
Padahal aku pernah
bertamu
Tapi hanya sekadar
musafir lalu
Datang dan pergi
bila cukup waktu
Dan akan terus
begitu
Kerana aku
Tidak mampu
Untuk memikul
tanggungjawab itu.
Seruling senja
14 Ogos 2004
3.07 petang
Lachaman Lalchand
& Associates
Kota Bharu