KE MANA ARAH KITA?
Tajuk
Utama

Ayu bersama Siti Nasihah
 
Global
 
Lensa
 
Mimbar bersama Ustaz Badrul Hisyam
 
Motivas Bersama Dr. ASCA
 
Sketsa
 
Tokoh - Imam Hambali
 
Eksklusif bersama Yang Arif


 
 
 
 

“Arah,Dari mana....Kemana”, album terbaru Rabbani yang menampilkan irama yang lebih mantap dijangka akan mendapat sambutan yang baik di pasaran.Berdasarkan mutu suara dan bunyi yang dipersembahkan, album kedua ini menampilkan kualiti yang amat baik jika dibandingkan dengan album terdahulu.
Album kedua yang dngi 10 buah lagu. Antaranya Doa Pujian, Anak Soleh, Bidadari, Kembara Cinta, Kebesaran Allah, Subhanallah, Epilog Budi, Adab Sopan, Mensyukuri Nikmat dan Selawat Nabi. Lagu-lagu yang dijangka hits adalah seperti Doa pujian, Anak Soleh, Bidadari dan Epilog Budi.Seperti album kumpulan lain, album ini turut mendapat sentuhan pemuzik terkenal, Steve ‘Hassan’ Thontorn. Ternyata sentuhannya dalam album ini memantapkan lagi kualiti album seterusnya meningkatkan lagi mutu album nasyid tempatan.
“Arah, Dari mana....Kemana” mempunyai mesej yang tersendiri yang ingin disampaikan. Ia mengajak kita menyusuri sendiri kehidupan kita sebagai hamba seterusnya mengajak kita menyedari tujuan kita dihidupkan dan kemana kita akan pergi selepas alam ini. Daripada album kulitnya yang unik itu juga mengandungi pengertian yang mendalam.
Kompas melambangkan arah tujuan melalui petunjuknya. Barangsiapa yang tiada panduan dalam perjalanan pasti akan tersesat jalan. Begitulah juga kehidupan yang kita tempuhi sekarang ini, jika tiada arah tujuan yang berpandukan apa yang dibawa oleh junjungan besar kita, nescaya arah yang dicari tidak akan ditemui.  Sesungguhnya... Arah kita  “Cinta yang teratas adalah cinta antara makhluk dengan pencipta”.