Dunia di balik Skrin
 
 
Global
 
Mimbar - oleh Ustaz Badrul
 
Motivasi  bersama Dr. ASCA
 
Sketsa
 
Tokoh
 
Eksklusif
Ledakan kemajuan teknologi informasi (TI) yang melanda negara sudah mula memuncak. Dengan adanya MSC, Internet, JARING dan TMnet, kita merasakan seolah-olah dunia semakin sempit. Ya, inilah hakikatnya. 
 
Dari Amerika ke Jepun, dari Kanada ke Australia, segala maklumat, berita dapat diterima dalam beberapa mili-saat. Sekarang, kita dapat bersemuka dengan rakan kita yang berada walau di seluruh pelosok  dunia hanya bertabirkan skrin. 
 
Hakikat ini sebenarnya telah diperjelaskan oleh Allah melalui sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Amr bin Taghlib :
“Sesungguhnya setengah daripada tanda-tanda kiamat ialah harta-harta tersebar dan melimpah ruah, perniagaan menjadi lumrah, ilmu (sains) akan muncul dan seorang lelaki korporat berkata: “Tunggu dulu sehingga aku berbincang dengan si fulan peniaga di tempat lain”.
  - Riwayat An-Nasa’i 
 
 
 
Tanpa perlu huraian yang panjang, hadis ini jelas menunjukkan situasi hari ini yang mana terdapatnya mesyuarat maya-setiap ahli mesyuarat berada di tempat yang berlainan dan bersemuka hanya di depan skrin komputer!  Namun, sewaktu Malaysia sudah mempunyai dua setelit sendiri, di kala negara heboh dengan Koridor Raya Multimedia, ketika majalah komputer dan informasi menguasai pasaran, persoalan yang perlu ditimbulkan sekarang apa yang anda sudah dapat dari itu semua? Kalau pun ada hanya beberapa kerat sahaja, itu pun sudah termasuk dengan mereka yang   menyalahgunakan teknologi maklumat.
Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasulullah :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman: Aku akan sebar ilmu pengetahuan di akhir zaman sehingga dapat diketahui oleh setiap lelaki, wanita, hamba, orang merdeka, kanak-kanak dan orang tua, apabila Aku berbuat begitu kepada mereka, Aku akan mengazab mereka dengan hak Aku ke atas mereka (kerana mereka tidak menunaikan hak tersebut - yakni tidak memanfaatkan ilmu)."
-Riwayat Ad-Darimi
 
 Tidakkah anda berasa bimbang dengan amaran dalam hadis ini? Kalau anda sudah memanfaatkan dunia maklumat hari ini, baguslah. Tapi kalau belum marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengeksploitasi sepenuhnya segala  kemudahan yang ada.
 Kalau kita perhatikan dalam kehidupan, siapakah yang mencipta komputer,Kalau pengguannya baik baiklah ia.. Kalau penggunanya buruk buruklah ia.. syarikat siapa yang menguasai dunia multimedia, perisian komputer, perkakasan media dan banyak lagi kemudahan lain? Ya, sudah tentu mereka ini terdiri dari mereka yang bukan seagama dengan kita. Mereka terdiri daripada penganut agama Yahudi dan Kristian yang sentiasa ingin memusnahkan kita. Jika begitu, logiklah jika mereka menggunakan sepenuhnya teknologi mereka untuk menguasai dan memusnahkan kita: orang Islam. Mungkin inilah agaknya azab yang dijanjikan Allah itu.

 
DUNIA DALAM SKRIN
 Mengapa dikatakan dunia dalam skrin...? Jawapannya mudah, hampir keseluruhan urusan dunia boleh dicapai melalui skrin komputer. Sama ada ia berbentuk ilmu agama, sains, sejarah, ketamadunan, sosial, ekonomi atau berbentuk berita, sukan dan hiburan bahkan racun minda seperti ilmu mencuri,Masya Allah! Teruknya gambar ni.. seks, pornografi, dan seumpamanya, semuanya boleh dicapai hanya dengan menekan papan kekunci dan akan terpampang pada skrin. Inilah dikatakan dunia maya, dunia internet. Dunia ini dianggap dunia yang mencabar, bebas dan global.

 
SIKAP KITA
 Namun, kalau difikirkan, apakah yang kita dapat ambil daripada kemajuan teknologi ini? Bagi mereka pasif, mereka mungkin tidak mengendahkan teknologi ini. Mereka menganggap itu bukanlah ada kaitan dengan mereka. Atau mereka meletakkan label haram pada internet. Inilah golongan jumud, hanya nampak keburukan internet sahaja.  Bagi yang pertengahan, mereka menggunakan internet, tapi sekadar menjadi pengguna pasif. Mereka lihat dan dengan apa yang ada dalam internet. Tidak lebih dari itu. Bagi mereka yang aktif pula terdapat dua golongan; golongan ‘mafia’ dan golonganMari kita 'tune' internet ni biar berguna untuk Islam.. berpendidikan agama (mutadayyin). Golongan ‘mafia’ bijak menggunakan peluang untuk melakukan jenayah, membuat laman web berunsur ganas dan seks serta untuk mencari keuntungan. Manakala golongan agama pula, walaupun ada tapi amat kurang. Mungkin nisbahnya dengan golongan ‘mafia’ ini lebih kurang 1:20. Walaupun ramai yang belajar agama, tidak ramai yang sedar akan kepentingan mereka dalam menguasai internet.
 
 Sepatutnya kita orang Islam yang mengakui akan ketauhidan Allah dan hambaNya yang diberikan teknologi untuk menegakkan agamaNya, hendaklah mengambil peluang yang luas ini untuk jalan dakwah dan  mengajak manusia kembali kepada fitrah kehambaan mereka. Kalau di zaman Rasulullah, para sahabat berjuang bermandikan peluh dan darah, berhiaskan kilauan pedang yang menghunus dan dimeriahkan dengan anak panah yang berterbangan, takkan untuk mengadap di depan komputer dan menjalankan urusan dakwah pun kita takut? Kalau itu pun kita takut, jangan haraplah untuk masuk ke syurga Allah.
 
 Orang Islam menggunakan komputer untuk mendalami ilmu agama danDuit.. duit.. aku nak duit lagi.. menjalankan urusan dakwah. Kini kita lihat banyak perisan komputer bertemakan Islam yang wujud di pasaran contohnya Al-Quran, Hadis Rasulullah, Pengenalan Islam, dan bermacam-macam jenis lagi. Juga terdapat laman web Islam yang disediakan oleh mereka yang sedar akan peranan mereka dalam menggunakan internet. Contoh-contoh laman web Islam ada disenaraikan di akhir artikel ini.  Internet perlu dilihat dari dari sudut yang positif. Dengan tidak mengenepikan yang kita perlu berwaspada, janganlah kita tidak mahu menerimanya hanya kerana kebebasan alam maya itu. Jadikanlah kebebasan dan keglobalan internet sebagai wadah perjuangan dan dakwah yang paling bebas. Tanpa halangan, tanpa sekatan. Juga tempat meneroka ilmu Allah yang terlalu amat luas.
 Firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Al Kahfi: 109
 
 Itulah hakikat internet, dunia maya yang penuh dengan ilmu. Cuma Tit.. tit... toot.. toot tik tok...bergantung kepada kita sahaja untuk mempergunakannya.... sama ada untuk melawan serangan Yahudi dan Kristian, atau sekadar untuk berhubungan dengan rakan atau keluarga di luar negara. Apa yang penting ialah kita dapat merasakan bahawa teknologi adalah untuk kita dan menyedari betapa pentingnya ilmu dan maklumat. Inilah yang dikatakan budaya ilmu. Apabila ilmu dipentingkan dan hiburan hanya sekadar hiasan, kemudian ia dipergunakan ke arah kebaikan, masyarakat Islam kita pasti akan sentiasa berada di hadapan. Dan sudah tentu tiada siapa yang berani untuk melawan.

 
 
Laman ini 
disediakan oleh:
 
SaiyaMan

 [Ayu | Salam | Mimbar | Motivasi | Global | Cerpen | Sketsa | Kisah & Teladan]
[Cahaya | Tuhan | From US | Halwa | Pekerti | Tazkirah | Eksklusif | Kendiri]
[Tokoh | Fiksyen | Eureka & Fakta | Seruling Senja | Renungan]