..........................................................................................................
e   d   i   s   i    1   5

SALAM
Editor's Column

FOKUS
Yaumul Akhirah

AQIDAH
Beriman Kepada Hari Akhirat

TAZKIRAH
Takutlah Kat Malaikat Maut Tu

IBADAH
Sudah Cukupkah Bagiku?

AKHLAK
Seketika Bersama Kak Long

SIRAH
Kisah Nadhlah bin Mu'awiyah dengan Zarnab bin Bar'ala

MUSLIMAH
Isteri Solehah

USRAH
Usrah's Corner

TINTA SAHABAT
Surat Dari Pembaca : Suara Yang Di Dengar Mayat
Object Of Despair
Life and Death

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

ibadah                                                                .
.............................................................................................................................................
Sudah Cukupkah Bagiku???...

 “Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati” (Al-Imran : 185) 

     Orang yang mati itu bila telah bertemu dengan Allah, semuanya meminta kembali semula ke dunia. Kenapa? Menyesal  kerana dulu masa kat dunia tak mahu beribadat. Ditanya kenapa semuanya menyesal? Orang sembahyang pun, orang masuk syurga pun menyesal. 

     Mengapa orang yang solat pun menyesal ? Dia menyesal sebabnya dulu kat dunia dia hanya solat 5 waktu, tak solat sunat pun, menyesallah dia. Dah masuk syurga kenapa menyesal? Syurga tu bertingkat-tingkat, ada 8 tingkatnya. Dia menyesal kerana tak dapat masuk syurga yang paling atas, alangkah baiknya kalau dapat syurga firdaus atau pun jannatun na’eim. 

     Macam mana kita nak dapat kalaulah kita ni asyik dengan hal dunia, takde pun initiative nak menambah amal. Maka Allah ingatkan kita tentang mati supaya kita dapat melakukan amal kebajikan sebanyak mungkin dan kita dapat bertemu denganNya kelak. Bumi yang kita pijak ni berseru kepada kita mengingatkan mati 70 kali sehari semalam. Sabda Rasulullah, maksudnya: 

     Sesungguhnya bumi menyeru mengingatkan manusia tiap hari 70 kali. Hai anak Adam, makan dan bermegahlah di atas aku. Demi Allah, aku akan makan dan minum dari kulitmu setelah engkau masuk ke dalamku.

     Tapi kita tak dengar, kalau dengar mestinya ada aksi-aksi yang hebat terjadi. Kerja kita kat muka bumi ni siang malam, pagi petang asyik makan aje, macam satu binatang tu, cakap karang kecik hati pulak. Atas kandang makan, turun kandang  makan, naik kandang makan lagi, dah tidur lelap pun makan jugak, mata pejam mulut mengunyah. Sepatutnya fikirlah wahai sang binatang, sebelum tidur. Alhamdulillah raya haji dah lepas, takde orang korbankan aku. Tak lama lagi bulan Maulud, jangan-jangan orang korbankan aku. Sampai kata Rasulullah, kalau le binatang tu tau mereka akan mati, nescaya depa semua akan menjadi kurus keding, susah hati. 

     Kita ni pun macam dia, makan aje sepanjang hari, dah kenyang pun makan jugak. Air dah tak leh masuk, nasi pun tak leh masuk, kita makan fries pulak. Sepatutnya fikirlah, bilakah agaknya malaikat maut nak datang cabut nyawa aku? Tapi kita tak pernah berfikir perkara tersebut, ingat nak ‘menternak badan’ aje. Ingat kata bumi, suatu hari nanti kau akan ku ratah, kulit dan daging sampai hancur. Bumi nak makan kita semua tak kira hidung mancung bak seludang, pipi pauh dilayang, leher jinjang, dagu kulit kerang. 

Berbanyak-banyaklah kamu mengingati sesuatu yang melupakan kelazatan (kematian) 

maksud hadis At-Tirmidzi 
  • Orang yang ingat mati tu untungnya tiga:  nak taubat, tak nak buat maksiat & nak tambah ibadat 
  • Orang yang lupa mati ruginya tiga: nak tangguhkan taubat, tak nak beribadat & suka buat maksiat 

  •  

     
     
     

          Sama-samalah kita ambik pengajarannya. Lepas ni, peruntukkan sikit masa untuk muhasabah diri. Eh…aku ni cukup sedia ke untuk mati..amal ibadat cukup ke? Apa aku dah buat sepanjang hari? Dosa aku, pahala ke mana?  Macam tu lah. Wallahualam.