DOA DAN HARAPAN GURU BESAR.
Assalammualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Pertama sekali saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana diberi peluang melaksanakan tugas mulia sebagai pendidik bersama dengan tuan/puan. Atas profession inilah kita diberi ruang untuk melaksanakan tanggungjawab yang paling bererti dan paling mencabar terutama pada waktu yang terakhir ini. Sebagai pendidik tugas kira bukanlah setakat berada di bilik darjah melakukan pemindahan ilmu dari tidak tahu kepada tahu, akan tetapi konsep pendidikan seperti yang ternyata dalam Falsafah Penddikan negara adalah lebih dari itu. Tugas mulia ini adalah tugas dan amalan yang pernah dilakukan oleh para aulia, para rasul sejak masa lampau.
Sebagai pengurus sekolah yang diamanahkan, saya berasa amat bahagia dan bersyukur jika setiap anggota di dalam institusi yang dinamakan Sekolah Kebangsaabn Tedong ini dapat melaksanakan apa yang dirancangkan.
Sesungguhnya adalah menjadi harapan saya dan para guru sekalian untuk melihat kejayaaan yang cemerlang hasil dari usaha bersama mengangkat darjat sekolah ini didalam bidang Pentadbiran, Kurikulum dan bidang-bidang yang lain.
Hendaknya harapan kita ini direstui oleh Allah dan dapat dilaksanakan dengan kerjasama erat semua pihak. Berpegang teguhlah kita kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Siapa yang berusaha dia akan mendapat".
Wassalam.