Ringkasan Sejarah Sekolah Kebangsaan Tedong.

Mengikut sejarah lisan Kampung Tedong dibuka pada kurun ke 17, berasal daripada nama ular tedong yang menyusur Sungai Tedong dari hulu ke muara sungai. Kesan yang didapati ialah sungai ini berkelok-kelok umpama laluan seekor ular. Kemudian diluruskan oleh Penghulu Baba besama-sama anak buahnya.

Mengikut sejarah lisan, bangaunan asas sekolah ini dibina dalam tahun 1897 berhampiran dengan Pekan Tedong. Fizikalnya hanya terdiri daripada sebuah bangsal kayu berukuran 10 x 13 meter persegi. Guru besarnya ialah Cikgu Rasul bin Hamzah dan 2 orang lagi guru dengan dibayar gaji oleh kerajaan negeri sebanyak RM8.00 dan RM6.00 sahaja sebulan.

Dalam tahun 1901 sekolah ini telah musnah dalam satu kebakaran kecil Oleh itu sebuah bangunan baru beratap zink dan berlantai papan telah didirikan di atas tanah lot 312 (tapak bangunan sekolah A) sebagai menggantikan bangunan lama itu.

Sembilan tahun berikutnya, menjelang tahun 1910 diatas tapak yang sama, dua buah bangunan baru bertiang batu, berdinding papan dan beratapkan genting dididrikan menggantikan bangunan lama. Ianya mempunyai 7 buah bilik darjah, 6 buah tandas angkat, sebuah perigi batu dan penapis air juga disediakan . Sebuah padang permaianan disediakan diatas lot tanah 307 dan 308.

Untuk menampung keperluan pertambahan bilangan murid maka dalam tahun 1959 sebuah bangunan tambahan dibina di atas tanah lot 312 dengan 4 bilik darjah. Bangunan 1910 bertambaha usang dan membahayakan jadi terpaksa dirobohkan . Turut ditruntuhkan ialah sebuah bilik darjah bangunan tambahan 1959 untuk keguanaan laluan. Tahun 1975 itu juga didirikan bangunan baru dua tingkat. Bangunan ini mengandungi 10 bilik darjah, sebuah ruang pejabat, sebuah bilik guru , tiga buah setor, beberapa buah tandas semua dibina diatas lot 307 dan 308 dan di atas lot 312 pula dibina sebuah kantin.

Pada 27 Mac 1981, bangunan ini telah dirasmikan pembukaanya oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Othman bin Abd,. Malik Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Menjelang awal bulan Mei 1983 Kementerian Pelajaran telah menaikkan taraf sekolah ini ke Gred B.

Pada tahun 1989 bangunan tambahan ketiga setinggi tiga tingkat telah didirikan bagai menggantikan bangunan tambahan pertama yang telah rosak. Bangunan baru ini mempunyai sebuah Pusat Sumber, Bilik Tayang, surau, Bilik Guru serta tiga bilik darjah.

Memandangkan pertambahan murid pada tahun 1996 Pusat Sumber Dan Bilik Tayang telah diubahsuai untuk dijadikan 2 bilik darjah dan lorong dibangunan A telah diubahsuai menjadi bilik pemulihan . Diharpakan dalam racangan Malaysia ke 7 tambahan bilik darjah akan memberi keselesaan kepada murid-murid dan guru-guru.


piagam
lagu

 menu

next


pengenalan | pentadbiran | aktiviti | kurikulum | hal ehwal murid | kokurikulum | bukan guru | aluan | guru besar | guru