(formerly known as Malay Society of Great Britain)-ditubuhkan pada 1927-


 
 
Aktiviti- Aktiviti di United Kingdom dan Eire 
 
 
Ceramah bergerak FMUK    
Tajuk forum: Isu Semasa Tanahair dan peranan pelajar dalam menanganinya.   
Diadakan di Glasgow pada 15hb. November 1998 bertempat di SUMSA. Ceramah tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan dengan jayanya diuruskan oleh J/kuasa Kerohanian dan Jasmani. Ahli panel jemputan dan perwakilan terdiri daripada Ustaz Hassan Basri, Ustaz Khalil, Hj. Aminol Hasan dan wakil pelajar, Saudara Reezal Abd. Latiff. Forum telah di pengerusikan saudara Kamaruzzaman Kassim.  
  

Majlis perjumpaan pelajar bersama TYT, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.   
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Mohd. Amir Jaafar telah berbesar hati untuk berjumpa dengan pelajar di Lecture Room 3, McCance Building, Strathclyde University pada jam 4.30 p.m. hingga 6.30 p.m. bertarikh 27/11/1998 untuk membincangkan isu-isu semasa di Malaysia. Tajuk diskusi merangkumi hal-ehwal politik dan ekonomi.  
 

Pelancaran Halaman Cyber KMUK.  
Homepage KMUK telah dilancarkan pada awal Disember bertujuan memantapkan lagi kejayaan KMUK sebagai badan pelajar yang berkaliber dan senantiasa berusaha memberi maklumat terkini kepada bukan sahaja golongan pelajar, malah kepada seluruh pelusuk dunia. Pelaksanaan halaman ini dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa Teknologi dan Maklumat. 

 
Majlis Nisfu Syaaban  
dianjurkan pada 4hb Disember 1998 di SUMSA. Aktiviti bacaan yassin beramai-ramai, sembahyang Isyak berjemaah serta ceramah oleh Ustaz Hasan Basri bertajuk Nifsyu Syaaban dan Hikmah Ramadhan  telah diadakan dan mendapatan sambutan yang agak memuaskan.  
 

Pertandingan Badminton Terbuka KMUK  
Tarikh : 12 Disember 1998 
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang 
Tempat : Strathclyde Hall, Strathcylde University. 

Penyertaan pada kali ini mendapat galakan yang memberangsangkan dari peserta yang terdiri dari bukan sahaja pelajar Melayu bahkan bukan Melayu dan masyarakat setempat. Kegiatan ini juga memberi peluang kepada semua peserta untuk mengenali rakan - rakan dari Universiti lain di Glasgow dan Edinburgh. 
Kategori-kategori yang dipertandingkan ialah Perseorangan Lelaki/ Perempuan dan Beregu Lelaki/ Perempuan. Sebanyak 14 penyertaan diterima bagi kategori perseorangan dan 12 bagi pasukan beregu. Berikut adalah keputusan pertandingan ini: 
Juara perseorangan Lelaki            : Ahmad Nizam  
Naib juara                                     : Badlishah  

Juara Beregu pasukan Lelaki        : Badli / Shukri  
Naib Juara                                    : Kamal / Nizam  

Juara perseorangan Perempuan    : Nor Anilah 
Naib Juara                                    : Suriyanti  
  
Juara Beregu pasukan Wanita       : Suriyanti / Hayati  
Naib Juara                                    :   Lily / Wan Shekha  

 Hadiah telah disediakan oleh KMUK untuk Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori. KMUK turut menjual makanan dan minuman untuk para peserta dan ahli-ahli KMUK yang terlibat pada hari tersebut.  

 
Penjualan Kad Raya KMUK.   
Bersempena dengan Aidilfitri, KMUK sekali lagi berkhidmat menyumbang bakti dalam menyediakan kad raya kepada pelajar. Ahli jawatankuasa telah bertungkus lumus menyediakan kad raya dan sambutan yang diterima amat diluar jangkaan.  
 

Majlis berbuka Puasa.  
Bertempat di SUMSA pada 10 Januari 1999 bertujuan mengeratkan silatulrahim persaudaraan antara kalangan masyarakat melayu di Glasgow  disamping mengekalkan tradisi dan memeriahkan lagi sambutan ramadan almubarak. Jamuan diadakan selepas majlis ceramah.  
 

Pertandingan Bola sepak  
 Tarikh : Sabtu 13 Februari 1999  
Masa   : 11 pagi hingga 4 petang 
Tempat: Glasgow Caledonian University Hall 
 
Anjuran tahunan KMUK ini telah mendapat sambutan dari segenap rakyat Malaysia dan setempat termasuk beberapa jemputan termasuk pasukan dari New Castle dan Edinbrough.  Piala pusingan dan hadiah telah disediakan sebagai cenderahati dan telah diusahakan dengan kerjasama ahli jawatan kuasa.   

Juara          :  Pasukan  Glasgow. 
Naib Juara :  Pasukan Rejim (didatangkan khas dari Edinbrough)

sila rujuk lembaran album KMUK   
 
 

Asean Food Fair 99 
Tarikh : Sabtu 6 Mac 1999 
Masa  : 9 pagi hingga 3:30 petang  
Tempat: Dewan Hemishwood Glasgow Caledonian University 

Pameran Makanan Se Asea yang menjadi anjuran tahunan ini telah membuktikan kewibawaan KMUK sebagai badan yang mampu memperkenalkan makanan Malaysia sebagai satu lagi daya tarikan kepada masayarakat setempat, tak kira dari segi umur dan bangsa. Secara umumnya, AFF tahun ini telah mencatat satu lagi sejarah Masyarakat Melayu Glasgow. Rata-rata pengunjung berpuas hati sambil dapat mejamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh para tender, yang terdiri dari rakyat Malaysia, SIngapura, Indonesia dan sebagainya.  
sila rujuk lembaran album KMUK  
 
 

 

 

[Lembaran][Pengenalan][Dasar][Organisasi][Sejarah][Aktiviti][Bulletin]

Kesatuan Melayu United Kingdom.
-University of Strachclyde-University of Glasgow-Glasgow Caledonian University-