(formerly known as Malay Society of Great Britain)-ditubuhkan pada 1927-


 
 

Pengenalan KMUK

Mengikut Bab 2 perlembagaan KMUK menyebut bahawa KMUK ditubuhkan atas tujuan berikut:

        Ramai yang mungkin tertanya apakah fungsi KMUK ini. Jawapannya adalah memperjuangkan kepentingan dan menaikkan taraf hidup bangsa Melayu dengan ilmu yang diperolehi dan dikuasai di perantauan. Insya Allah dengan ilmu yang kita pelajari dan kuasai di perantauan ini akan kita praktikkan di Malaysia dan juga disini untuk manafaat umat Islam dan bangsa Melayu sejagat. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi di UK ini boleh kita kongsi bersama. Contohnya dengan ledakan teknologi maklumat penggunaan Internet membolehkan yang jauh menjadi dekat dari segi perhubungan dan komunikasi.

        KMUK atas prinsipnya memperjuangkan isu - isu yang dianggap penting untuk kepentingan bangsa dan negara. Jika sesuatu isu itu didapati bersifat anatgonistic terhadap bangsa Melayu dan negara Malaysia InsyaAllah KMUK akan menengahkan isu - isu ini dan berkerjasama dengan pelajar-pelajar Melayu dan Malaysia di UK untuk menengahkan penyelesaiannya kepada pihak - pihak yang tertentu dan terlibat.

        Sebagai pelajar dan pekerja yang jauh dari perantauan ini banyak pahit-manis yang ditempuhi. Pendedahan kepada yang baik dan buruk di dunia barat ini tiap - tiap hari ditempuhi. Yang jauh disempadankan, yang baik menjadi teladan. Yang baik inilah yang patut kita bawa pulang, praktikkan dan menengahkannya dalam sistem seharian kita selagi ia tidak melanggar batas - batas dan hukum agama Islam.

        Sebagai sebuah badan bukan kerajaan KMUK dari semasa ke semasa akan memperjuangkan isu-isu yang menjurus kepada kemajuan bangsa Melayu dan negara. KMUK tidak perlu menidakkan dan mengiakan sesuatu pihak. Sebagai badan yang bebas daripada ikatan politik KMUK mendokong cita-cita memperjuangkan peningkatan taraf kerohanian dan taraf hidup bangsa Melayu.

        Jadi dengan hasrat inilah KMUK ingin memastikan bahawa kebolehan dari segi kepakaran ilmu dan keperibadian solehin pelajar - pelajar diaruskan kepada kemajuan ugama Islam dan bangsa Melayu.

        KMUK juga dari masa ke semasa mengadakan aktiviti - aktiviti dan ceramah yang diaruskan kepada peningkatan daya fikir dan isu - isu yang mungkin jarang diketengahkan seperti masalah barangan buatan khinzir, pengkopratan sesebuah agensi dan majlis ilmu yang lain.

        Aktiviti sukan diadakan dari semasa ke semasa untuk merapatkan silaturrahim dengan pelajar - pelajar. Sambutan untuk penyertaan dalam acara sukan mendapat sambutan yang menggalakkan dan KMUK percaya aktiviti sukan harus diadakan dari masa ke semasa sebagai salah satu cara merapatkan silaturrahim.

        Tetapi pokoknya adalah apabila kita berada di perantauan ini kita pelajar-pelajar Melayu haruslah menguasai ilmu yang dipelajari supaya ilmu ini akan dijadikan sebagai senjata dan perisai daripada serangan musuh-musuh Islam. Bukannya duit, bukannya harta dan bukannya pangkat yang akan membela sesuatu bangsa. Duit boleh dihilang dalam sekelip mata, harta boleh susut nilainya dalam sekelip mata dan pangkat boleh ditarik dalam sekelip mata. Tetapi tidak mungkin ilmu boleh dicuri dan ditarik penguasaannya dari seseorang daripada seseorang tetapi hanyalah dengan kuasa Allah SWT.

        KMUK Insya Allah dengan rahmat dan kehendak Allah akan menengahkan masalah yang dikira patut diselesaikan dan mendokong cita-cita untuk menaikkan taraf hidup dan kerohanian bangsa Melayu Islam.



[Lembaran][Pengenalan][Dasar][Organisasi][Sejarah][Aktiviti][Bulletin]

Kesatuan Melayu United Kingdom.
-University of Strachclyde-University of Glasgow-Glasgow Caledonian University-