Salam
Editor
Fokus
Apa
itu Qada' & Qadha
Analogi
Pertama
Analogi
Kedua
Analogi
Ketiga
Beriman
Kepada Qadha'
&
Qadar
Nasihat
Buat Jiwa
Kegiatan
Semasa
Seven
Princess 1 Knight
Kisah
Dan Teladan
Mimpi
Anas Malik r.a
Ikhlas
Dalam Beribadah
Puisi
Ditakdirkan
Aku Di Sini
Renungan
Koleksi
Sinar
|
Analogi
Kedua
Q2
: Jika segalanya telah ditentukan, apa faedah kita berdoa dan berusaha?
Memang benar manusia tidak boleh mengubah Qadha', tetapi dia boleh mengubah
akan perangainya dan cara hidupnya. Allah telah mengetahui sejak azali
lagi samada kita akan mengubah atau tidak akan perangai kita. Tetapi kuasa
ikhtiar, atau keinginan untuk berubah itu bermula dari diri kita sendiri.
Kenapa perlu berusaha? Ini kerana usaha adalah sebab untuk kejayaan kita.
Kenapa kalau sudah berusaha, masih tidak berjaya? Ini disebabkan Allah
hendak mendatangkan hikmah kepada kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kenapa perlu berdoa? Doa seseorang
kepada Allah SWT itu boleh mengubah nasib seseorang dan ia masih tidak
berlawanan dengan konsep Qadha’ & Qadar. Ini kerana Allah telah mengetahui
sejak azali lagi yang dia akan berdoa.
Satu kapal ni tengah belayar. Kemudian dipukul ribut. Di antara penumpang
kapal itu, ada seorang yang beragama Islam dan dia telah berdoa kepada
Allah supaya diselamatkan. Sejak azali lagi, Allah telah mengetahui yang
kapal itu kan berlayar dan dipukul ribut. Allah juga mengetahui ada seorang
penumpang beragama Islam akan berdoa dan Dia juga sudah menentukan akan
memperkenankan doa itu. Manakala bagi orang yang tidak berdoa, Allah juga
telah mengetahui yang mereka tidak berdoa untuk diselamatkan. Maka Allah
telah menentukan mereka tidak akan diselamatkan dan mati lemas dalam kemalangan
itu. Disinilah jelas akan hakikat dan kepentingan doa. Jika tidak berdoa,
macam mana Allah nak makbulkan sesuatu permintaan?..betul tak! |