------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  0
kegiatan semasa

Salam Editor

Fokus
  Apa itu Qada' & Qadha
  Analogi Pertama
  Analogi Kedua
  Analogi Ketiga
  Beriman Kepada Qadha'
  & Qadar

Nasihat Buat Jiwa

Kegiatan Semasa
  Seven Princess 1 Knight

Kisah Dan Teladan
  Mimpi Anas Malik r.a
  Ikhlas Dalam Beribadah

Puisi
  Ditakdirkan Aku Di Sini

Renungan

Koleksi Sinar
 

7 Princess 1 Knight

The Camp

          Sampai di Grampians. Sore 6 April. Keadaan camping site agak kosong. Kemudahan air paip dan kayu api serta cuaca yang sangat baik adalah nikmat yang tak terhingga bagi kami. Memandangkan masing-masing keletihan di samping perjalanan yang lebih jauh untuk dilalui esoknya, ramai yang masuk tidur awal. Namun, buat pertama kali sisters mengadakan irasah sesama sendiri…kesianlah brothers dah drive all the way….SubhanaLlah. Waktu irasah memberi peluang kepada kami untuk berfikir dan melihat kejadian Allah sedang makhluk lain lena diulit mimpi.

“Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.” (Al-Mulk:5 )

        Kami juga menerima kunjungan daripada tuan rumah Grampians yang sesekali melompat-lompat melawat kami yang kesejukan dan “gabra” jugak di tepi unggun api…mungkin nak bertanya…”How’s our hospitality?” or “Seronoknya UNGGUN API....Boleh join sekaki?”….

The Walk

“Dan Allah menjadikan bumi intukmu sebagai hamparan. Supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi itu.” (Nuh:19-20)

        Seharian berjalan tidak kurang daripada 10 km di Grampians merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan. Bermula dengan mendaki The Pinnacles, ramai yang penuh semangat walaupun amat memenatkan. Lepas tu, kami ke ‘scenery lookouts’ yang lain di mana kejadian Allah dapat dilihat seluas mata memandang. 

“Katakanlah : ‘Terangkanlah kepadaku jika Allah mancabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepadamu?’ Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Kami, kemudian mereka tetap berpaling.” (Al-An’aam : 46)

        Selepas makan tengahari (IndoMie yang sangat sedap), pihak penganjur mencadangkan kami berjalan merentas hutan sahaja hingga ke kawasan air terjun. Hampir-hampir kami tersesat dek kerana ‘ek’ sangat. Konon tak standardlah nak jalan kat tanah flat lepas berjaya menawan puncak batu pagi tadi. Tak dan setgh jam muka dah pucat, kaki dah tak larat. AlhamdulilLah...Destinasi terakhir, walaupun tak semencabar yang pertama tadi, terus menginsafkan kami dengan keindahan ciptaan Ilahi.

The Conclusion

        AlhamduliLlah camping ini telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak walaupun pada masa yang sangat singkat. Pada yang telah ikut serta, kita telah berpeluang untuk melakukan aktiviti lasak seumpama ini untuk persediaan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Siapa tahu, mungkin panggilan jihad perlu disahut suatu hari nanti. Lastly, pada yang belum pegi Grampians lagi, pegilah, there’s something for you guys there….