------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  0
fokus

Salam Editor

Fokus
  Apa itu Qada' & Qadha
  Analogi Pertama
  Analogi Kedua
  Analogi Ketiga
  Beriman Kepada Qadha'
  & Qadar

Nasihat Buat Jiwa

Kegiatan Semasa
  Seven Princess 1 Knight

Kisah Dan Teladan
  Mimpi Anas Malik r.a
  Ikhlas Dalam Beribadah

Puisi
  Ditakdirkan Aku Di Sini

Renungan

Koleksi Sinar
 

Analogi Ketiga

Q3 : Kenapa Allah ciptakan orang untuk dimasukkan kedalam neraka?

Kita hendaklah memerhatikan hikmat atau sebab Allah menjadikan manusia untuk menjawab soalan ini. Di dalam kitab tasawuf: The Spiritual Message of Islam, karya Maulana Habibullah Shah, sepotong hadis Qudsi ada menyatakan,

"Aku (Allah) diazali adalah perbendaharan yang tersembunyi, tetapi Aku hendakkan Zat Ku dikenali maka Aku pun membuatlah makhluk-makhluk supaya Zat Ku dikenali"

Jadi, hikmat makhluk Allah diciptakan ialah supaya Zat Allah dikenali oleh makhluknya. Selain itu, kejadian makhluk Allah juga menunjukkan kesempurnaan Sifat-SifatNya. Kita ambil satu Sifat Allah iaitu Maha Adil sebagai contoh. Jika Allah menciptakan semua manusia membuat kebaikan sahaja, lalu membalas dengan kebaikan juga, itu adalah perlaksanaan sifat Allah yang MAha Pemurah. Sebaliknya jika Dia menciptakan manusia yang membuat kejahatan sahaja, Allah telah menyiksa makhluknya. Ini bererti Allah telah bertindak kejam dan ini adalah sifat yang MUSTAHIL dimiliki Allah.

Oleh itu untuk melaksanakan sifat adil tadi, maka Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani itu telah merancangkan satu cara yang bijaksana seperti yang termaktub dalam surah Al-Ahzab, ayat 12. Allah telah menawarkan manusia untuk memikul amanah sebagai khalifah Allah dan manusia telah menyetujuinya. Maka Allah telah meminjamkan akal fikiran kepada manusia untuk bebas memilih cara hidup mereka. Perbuatan yang baik dibalas dengan kebaikan manakala perbuatan yang jahat pula dibalas dengan seksaan. Oleh itu sifat keadilan Allah dapat dilaksanakan.