------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  0
fokus

Salam Editor

Fokus
  Apa itu Qada' & Qadha
  Analogi Pertama
  Analogi Kedua
  Analogi Ketiga
  Beriman Kepada Qadha'
  & Qadar

Nasihat Buat Jiwa

Kegiatan Semasa
  Seven Princess 1 Knight

Kisah Dan Teladan
  Mimpi Anas Malik r.a
  Ikhlas Dalam Beribadah

Puisi
  Ditakdirkan aku disini

Renungan

Koleksi Sinar
 

Beriman Kepada Qadha' & Qadar

        Beriman kepada Qada' & Qadar bereti mempercayai bahawa Allah s.w.t ada zat yang Maha Kuasa di seluruh alam ini dalam menentukan dan mengatur sesuatu dengan kebijaksanaan dan kehendakNya sendiri tanpa diganggu oleh kuasa asing. Dengan erti kata yang lan segala apa yangtelah berlakku adalah tertakluk kepada Qadha' & Qadar Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kenapa sesuatu perkara itu terjadi.

Allah berfirman;
"Dan tiap-tiap sesuatu itu adalah ditetapkan di sisinya dengan qadar yang tertentu"

( Ar-Ra'ad : 8 )
Ayat ini jelas menerangkan yang setiap apa yang berlaku adalah hak MUTLAK Allah mengikut peraturan dan ketetapan yang tertentu.

        Perlu diingatkan bahawa, kesemua ini tidak bermakna seseorang itu dilarang menggunakan akal fikiran, kemahuan dan usahanya tetapi seseoorang itu hendaklah menerima apa yang telah berlaku (sesudah berusaha dengan sedaya upaya memikir, mentadbir dan memilih dengan hati yang tenang serta berserah segalanya kepada Allah) kerana kewajipan seseorang itu ialah berusaha bersungguh-sungguh dan kesudahannya adalah terserah kepada Allah s.w.t. Di sinilah letaknya Qadha' & Qadar Allah Taala itu.

        Ahli Sunnah Al-Jama'ah telah beriktikad bahawa semua perkara yang berlaku di alam ini sudah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah Taala sebelum sesuatu itu berlaku di mana kesemuanya sudah tercatat di 'Luh Mahfuz" berdasarkan Surah Al-Hadid ayat 22,

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab 9pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"

        Ibnu Abbas telah menafsirkan kitab dalam ayat ini sebagai Luh Mahfuz. Segala apa yang akan berlaku sehingga hari kiamat semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Hadith Rasulullah ada menyatakan yang kejadian manusia dalam rahim ibunya melalui beberapa proses.

  1. 40 hari pertama (gumpalan air mani)
  2. 40 hari yang kedua (segumpal darah beku)
  3. 40 hari yang ketiga (seketul daging sekadar boleh dimamah)
Sesudah 120 hari lamanya barulah Allah menyuruh malaikat meniupkan nyawanya, dan pada ketika itu juga malaikat disuruh pula menulis 4 perkara iaitu :
  1. Berapa banyak rezekinya yang disediakan Allah kepadanya
  2. Berapa lama hidupnya di dunia ini
  3. Apakah amal atau perbuatannya yang akan dikerjakan
  4. Nasibnya iaitu buruk atau baiknya
Walau bagaimanapun, kita disuruh agar berusaha dan beramal ibadat kepada Allah. Kita wajib mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Walaupun kita tidak mengetahui bila dan dimana kita akan mati tetapi kita boleh berusaha sedaya upaya kita untuk mati sebagai seorang mukmin yang sejati. Wallahualam.