KATA-KATA ALUAN

Guru Besar Sekolah Kebangsaan St. Francis, Melaka.

 

 

Terlebih dahulu, saya selaku Guru Besar sekolah ini merakamkan ucapan terima kasih kerana berpeluang memberi sepatah dua kata dalam ruangan ini.Saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua guru dan kaki tangan sekolah ini kerana dengan daya usaha yang gigih, mereka telah dapat menerbitkan laman Web untuk sekolah ini .

Dengan terbitnya laman Web ini, saya berpendapat sekolah ini telah pun melangkah ke era baru dalam dunia pendidikan. Saya difahamkan maklumat sekolah ini telah dihubungkan dengan dunia luar.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati semua pelajar agar menikmati sepenuhnya alam persekolahan mereka dengan menimba segala ilmu pengetahuan dan menghayati segala didikan dan tunjuk ajar daripada guru-guru. Di samping itu, pelajar-pelajar harus merebut peluang mempelajari perkembangan teknologi masa kini.

Saya percaya, sekolah ini akan mencapai tahap kecemerlangan dengan adanya kesepaduan tenaga setiap ahli masyarakat sekolah, khususnya guru-guru dan kakitangan sekolah.

Sepanjang perkhidmatan saya di sekolah ini, saya berasa bangga dengan tahap pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta sikap dedikasi dan bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh guru-guru sekolah ini.

Akhir kata, saya berharap agar sekolah ini akan sentiasa cemerlang dan maju dalam semua bidang yang diceburi.

 

"AGE QUOD AGIS" 

 

 

ENCIK LEONG WENG SONG,

GURU BESAR,

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.FRANCIS,MELAKA.

 

 

[index] aluan] sejarah] staff] motto] organisasi] takwim]