MOTTO SEKOLAH

"AGE QUOD AGIS"

 

Definisinya: Apa jua yang anda lakukan, lakukan yang terbaik.

Lencana Sekolah

 Lencana sekolah ini melambangkan penyatuan lambang-lambang bintang,perisai, Kota Famosa, dan sebuah buku yang terbuka.Lambang-lambang ini menunjukkan pertalian yang erat antara sekolah ini dengan Order De La Salle, penaungnya St.Francis Xavier,

kedudukannya di bandar paling bersejarah di Malaysia dan matlamatnya ialah bidang pendidikan.

 Lencana ini dibentuk merupai sebuah perisai yang dibahagikan kepada empat bahagian.Di bahagian sudut kiri atas terdapat lambang bintang emas yang berlatar belakangkan warna hitam. Manakala di bahagian sudut kanan atas pula terdapat tiga petak jalur sekali yang disusun melintang. Jalur yang di atas sekali diwarnakan merah dengan ukiran tiga bentuk bulan sabit yang disusun sebegitu rupa supaya bahagian hujungnya bertemu membentuk seperti tanduk. Ukiran bulan sabit di bahagian atas dan bahagian bawah mempunyai petak-petak kecil hitam putih dan bahagian tengahnya pula diwarnakan putih atau wana perak. Jalur tengah pula merupakan petak-petak papan catur warna hitam sementara jaluran di bawah sekali warna putih atau warna perak.Jaluan-jaluran dan bulan sabit ini menggambarkan pakaian perang tentera Kota Xavier iaitu tempat kediaman asal St. Francis Xavier.Di bahagian sudut bawah kiri diukir Kota Famosa iaitu sebahagian daripada runtuhan Kota Melaka yang penuh bersejarah dengan warna merah yang menggambarkan warna asal tanah laterit yang telah digunakan untuk membina kota tersebut. Di bahagian sudut bawah kanan pula terukir sebuah buku yang terbuka berwarna kuning dan berlatar belakangkan warna hitam.Pada buku ini tertulis perkataan ' Initium Sapientiae ' bermaksud permulaan ilmu pengetahuan.

Di bahagian bawah perisai ini terdapat cogan kata 'Age Quod Agis' yang bermaksud 'Berusaha Sedaya Upaya'.

 

Merupakan simbol harapan, kegigihan, dan keberanian

Sekolah ini dinamakan berdasarkan kepada St.Francis Xavier oleh Rev. FR.D. Delouette dari Gereja St. Francis Xavier, pengurus sekolah pada masa itu.

Tempat bersejarah di negeri Melaka di mana sekolah bermula pada 1880.

(Latin) : Bermulanya keilmuan pembelajaran akan menjadi pesat apabila seseorang boleh membaca.

 

 

[index] aluan] sejarah] staff] motto] organisasi] takwim]