KAEDAH KAWALAN MINDA 

SEPATAH KATA DARIPADA PENTERJEMAH 

Anugerah Allah s.w.t kepada manusia yang paling besar sekali ialah Akal yang membezakannya daripada makhlukNya yang lain. Memiliki akal sahaja tanpa tahu bagaimana memenafaatkannya dengan sebaik mungkin adalah satu kerugian.Ilmu untuk memenafaatkan akal itu perlulah mudah dan sistematik agar dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga tetapi membuahkan hasil yang setepat dan semaksima mungkin. 

Semua ini ada di dalam Kaedah Kawalan Minda Silva. Saya mula berkenalan dengan Kaedah Kawalan Minda Silva ini sekitar tahun 1986 dahulu . Kawan saya telah pergi menghadiri Siri Syarahan Asas dan mengajarkan beberapa teknik kepada saya yang saya menafaatkan sebaik mungkin di dalam pengajian saya di UUM ketika itu. Sejak daripada itu saya mula berjinak- jinak dengan ilmu berkaitan minda dan Minda Separa Sedar melalui pembacaan. Saya mula memberikan perhatian yang serius terhadap perkara ini pada tahun ini dengan menghadiri sendiri Siri Syarahan Asas pada bulan Mei yang lalu.

 Saya merasa lega kerana mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar yang secukupnya untuk mengamal dan mengembangkan ilmu ini. Sejak daripada itu saya mula mengendalikan kelas kecil- kecilan bersama- sama dengan pelajar- pelajar saya di Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Masalah yang timbul ketika itu ialah rujukan di dalam Bahasa Malaysia yang teramat kurang sekali tentang ilmu ini secara am dan Kaedah Kawalan Minda Silva khususnya. Saya mengambil inisiatif menterjemahkan buku ini yang tajuk asalnya ialah “For Parents Only:The Silva Method Mind Control”. 

Kandungannya saya ubahsuai agar menepati kandungan modul Siri Syarahan Asas. Buku asalnya adalah ditujukan kepada Ibubapa tetapi saya mengubahsuainya dengan pendekatan lakukan sendiri. Saya mempunyai cita- cita dan harapan yang tinggi terhadap ilmu ini dari segi menggunakannya dan memperkembangkannya dan saya berharap bahawa langkah menterjemahkan buku ini adalah langkah pertama kepada ribuan lagi langkah yang akan saya atur di dalam bidang ini, InsyaAllah. Saya mengakui bahawa banyak kelemahan dari segi terjemahan dan bahasa di dalam buku kecil ini , tetapi saya berharap ini akan diperbaiki dari masa ke masa. Semoga usaha sekecil ini memberikan menafaat kepada pembaca dan sumbangan kecil kepada khazanah terjemahan di dalam Bahasa Malaysia.

 SELAMAT MENCUBA, SELAMAT BERJAYA, SELAMAT

 MENYEBARKANNYA LEBIH BAIK ,

 BERTAMBAH BAIK 

Azaman Muhammad 

Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia 

06010 Sintok Jitra , Kedah Darulaman 

14 November 1996

e.mail: azamanmuhammad@hotmail.com

muka hadapan:

https://members.tripod.com/manmat/azamanindexintro.html

sambungan:

azamankkm2.htm  azamankkm3.html  azamankkm4.html

azamankkm5.html  azamankkm6.html  azamankkm7.html

azamankkm8.html  azamankkm9.html  azamankkm10.html

azamankkm11.html  azamankkm12.html azamankkm13.html