KAEDAH KAWALAN MINDA 

ESP 

Jose Silva mendapati melalui kajiannya bahawa manusia boleh mendapatkan maklumat dengan memanipulasi keupayaan naluri subjektif mereka. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan deria -deria manusia secara fizikal tetapi tidak mempunyai had dari segi masa dan tempat. Dengan menggunakan keupayaan ini ketika berada pada tahap alfa akan dapat membantu manusia untuk menyelesaikan masalah mereka.

 Ahli Psikik mendapatkan malumat dengan menggunakan cara ini sama seperti yang digunakan di dalam Kaedah Silva. Apa yang membezakan diantara psikik yang biasa dengan psikik yang terlatih ialah psikik biasa boleh berfungsi dengan baik ketika di dalam dimensi Alfa . Psikik yang terlatih pula boleh menggunakan keupayaannya pada bila- bila masa yang diperlukannya. Apa yang penting ialah bukan mendapatkan maklumat tetapi mendapatkan maklumat yang kita ingini. Disinilah timbulnya istilah Keefisienan berbanding dengan istilah tambahan yang biasa digunakan .

 DUNIA KEBENDAAN 

Di dalam sesi latihan biasa apa yang cuba diujudkan ialah rujukan secara subjektif tentang benda pada tahap kesedaran yang berbeza. Barangan logam digunakan dalam latihan adalah daripada jenis yang biasa seperti besi, tembaga. Ia samalah seperti halnya seorang bayi yang baru cuba mengenali persekitarannya. Pengalaman- pengalaman baru bayi itu akan dapat membantunya untuk menjalani kehidupannya dengan lebih baik pada masa hadapan. Rujukan secara subjektif akan memeprkembagkan lagi penggunakan otak kanan kita dan menjadikan kita lebih genius kerana menggunakan keupayaan minda kita dengan cara yang unik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

 Di dalam kehidupan seharian kita sentiasa dikelilingi oleh benda. Mereka tidak mempunyai sel dan kebijaksanaan. Untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan enda maka terlebih dahulu kita mesti mempunyai maklumat yang mencukupi tentang benda itu sendiri. Sebagai latihan dapatkan beberapa benda yang diperbuat daripada logam yang berbeza. Cuba perhatikannya daripada jarak sehasta kemudian bawakannya hampir ke mata anda. Cuba rasakan beratnya, baunya dan kemudian sentuhkannya ke dahi anda. Lakukan terhadap empat item. Kemudian turun ketahap asas anda dengan Kaedah 3 - 1.

 Ketika berada di sana cuba ingatkan semula setiap satu item. Pilih satu item kemudian bayangkan anda memandangnya daripada jarak sehasta dan kemudian jarak yang lebih hampir lagi sehingga menyentuh dahi anda. Jalankan empat ujian bagi setiap benda satu persatu iaitu ujian cahaya, isipadu dan warna. Kemudian uji suhunya, Ketiga uji baunya dan akhir sekali uji bunyinya apabila diketuk. Lakukan empat ujian ini terhadap keempat-empat enis logam itu dan kemudian anda boleh keluar dengan Teknik 1 - 5. 

Latihan ini penting untuk membekalkan maklumat asas kepada minda anda untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang melibatkan logam- logam tersebut. Ia akan membantu anda mengesan kerosakan, menjimatkan masa dan kos untuk memperbaiki peralatan yang rosak. Tetapi ini tidak sampai mengambil alih tugas orang yang pakar di dalam bidang tersebut. Ia sekadar menyediakan akar sebagai ganti kepada rotan.

 DUNIA BENDA BERNYAWA 

Latihan lain untuk mengujudkan rujukan secara subjektif perlu diteruskan kepada benda yang bernyawa iaitu tumbuh - tumbuhan. Sebagai latihan dapatkan dua helai daun daripada jenis yang berbeza. Lakukan pemerhatian secara fizikal terlebih dahulu ebelum pergi membuat pemerhatian secara subjektif dengan Kaedah 3 - 1 . Lakukan empat ujian sama seperti di atas dan keluar dengan Teknik 1- 5. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang timbul diantara kita dengan tumbuh- tumbuhan pada masa akan datang. 

DUNIA HAIWAN

Pilih binatang yang biasa menjadi peliharaan kita dan perhatikan setiap bahagian binatang itu secarz fizikal. Setelah itu turun ke tahap alfa dengan Kaedah 3 - 1 dan bayangkan anda memegang binatang itu dan memerhatikannya daripada jarak sehasta an kemudian bayangkan anda membawanya semakin hampir.

 Perhatikan fizikal binatang tu satu persatu secara subjektif. Setelah itu dengan kiraan tiga cuba bayangkan anda masuk kedalam tengkorak binatang itu dan bayangkan anda memerhatikannya daripada segenap udut pandangan. Dalam kiraan tiga berikutnya masuk kedalam tisu otak pula. Cuba gunakan maklumat yang lalu seolah- olah anda melihat keadaan yang sebenar lengkap dengan bentuk, bau dan warnanya. Kemudian masuk kedalam rangka badan dan erhatikan segala tulang dengan kiraan tiga. Selepas itu dengan kiraan tiga perhatikan organ- organ dalam satu persatu.

 Selepas selesai anda boleh keluar semula dengan Teknik 1- 5. Pengalaman- pengalaman ini akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang berhubung dengan binatang pada masa hadapan.

e-mail: azaman1310hotmail.com

muka hadapan:

https://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

sambungan:

azamankkm1.htm  azamankkm2.html  azamankkm3.html

azamankkm4.html  azamankkm5.html  azamankkm6.html

azamankkm7.html  azamankkm8.html  azamankkm9.html

azamankkm10.html  azamankkm11.html azamankkm13.html