KAEDAH KAWALAN MINDA

 KAWALAN MIMPI

 Tahap Alfa adalah tahap kita bermimpi sama ada bermimpi pada malam ataupun pada siang hari. Adalah sesuatu yang amat menguntungkan sekiranya kita dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang tahap Alfa dan mempunyai kawalan yang lebih di dalam dimensi tersebut. Ahli sains mendapati bahawa semua orang bermimpi walaupun tidak semua orang mengingati mimpi- mimpi mereka. 

Ada beberapa sebab mengapa mimpi tidak dapat diingati. Mungkin mimpi yang buruk amat menakutkan untuk diingati kembali atau mungkin ada seseorang memanggil- manggil di dalam mimpi dan panggilan tersebut tidak mahu didengari dan diingati maka hasilnya mimpi tidak dapat diingati. Kaedah yang akan diterangkan nanti akan membolehkan anda mengingati mimpi- mimpi anda dan ingatlah bahawa lebih baik bermula dengan perlahan- lahan dengan mengingati satu mimpi setiap malam sebelum mengingati beberapa mimpi yang dialami pada satu malam. 

Setiap daripada kita mempunyai pengalaman yang unik dan mempunyai satu pola simbolik yang unik untuk menggambarkan peristiwa - peristiwa di dalam kehidupan kita. Ini dapat dilihat sekiranya anda mempunyai diari mimpi yang mencatatkan peristiwa yang berlaku di dalam mimpi anda. Sekiranya anda tersedar dengan satu mimpi, tuliskan secara ringkas tentangnya. Pada sebelah paginya cuba untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dengan masuk ke dalam tahap Alfa anda. 

Pastikan anda mencatatkannya sebaik sahaja anda mengingatinya, jika tidak ia akan hilang begitu sahaja. Selepas menuliskan kembali mimpi- mimpi anda masuk kembali ke dalam tahap Alfa dan tanyakan kepada diri anda :” Apakah kaitan mimpi ini dengan apa yang berlakau di dalam hidup saya ?” Ini akan dapat membantu anda memahami simbolik- simbolik di dalam impi dari masa ke masa dan menterjemahkannya dengan cepat dan tepat. Mendapatkan tdur dan pusingan mimpi yang yang sepatutnya amat baik kerama ia memberikan kita maklumat yang banyak dan peluang untuk menilai sesuatu perkara daripada dimensi yang lain selain daripada dimensi fizikal kita. Diantara faedah yang diperolehi daripada penggunaan teknik ini ialah kita akan hanya bermimpi dengan mimpi- mimpi yang kita ingini sahaja disamping mengimbas kembali mimpi-mimpi kita dan mendapatkan jawaban bagi menyelesaikan masalah yang kita adapi. 

Sekiranya anda mengalami mimpi- mimpi ngeri anda boleh memadamkannya dengan memberikan arahan seperti berikut sewaktu anda berada di Tahap alfa.: “ Saya mengalami mimpi ngeri ini, saya tidak ukakannya, saya tidak mahu ia berulang lagi..” dan yang seumpamanya . Kajian menunjukkan setiap daripada kita mengalami sekurang- urangnya 4 pusingan tidur dan mimpi di dalam semalaman. Setiap pusingan mengambil masa sekitar 90 minit.

 Mimpi pada peringkat awal tidur lebih mendalam dan singkat. Mimpi peringkat berikutnya lebih ringan dan mempunyai kitaran yang lama. Sekiranya anda terbangun terlalu awal maka tidak ada mimpi. Tetapi sekiranya anda terbangun di tengah- tengah mimpi anda akan merasa keliru. Sekiranya anda terbangun i akhir mimpi maka anda akan mengingati dan memahaminya 

KAEDAH KAWALAN MIMPI

 1. Sebelum tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1 . Apabila berada pada tahap tersebut ingatkan diri anda. “ saya ingin mengingati mimpi saya, saya akan mengingingati mimpi saya”. Kemudian terus tidur. Anda mungkin akan terbangun pada sebelah malam atau paginya dengan koleksi mimpi anda pada malam itu. Sediakan kertas dan pen untuk menuliskannya. Setalah anda berpusa hati dengan pencapaian anda dengan kaedah ini barulah anda teruskan dengan kaedah berikutnya. 

2. Sebelum masuk tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1. Ketika pada Tahap alfa ingatkan diri anda:” saya ingin mengingati mimpi- mimpi saya, saya akan mengingati mimpi- mimpi saya”. Teruskan tidur. Anda akan terbangun beberapa kali pada sebelah malam dan pada sebelah pagi dengan koleksi mimpi anda. Tuliskan semua mimpi- mimpi itu dan beralih kepada kaedah berikutnya setalah anda berpuas hati. 

3. Bagaimana mengunakan mimpi untuk diingati, difahami dan membantu di dalam penyelesaian masalah. Masuk ke Tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1 dan sewaktu pada tahap Alfa ingatkan diri anda : “ Saya inginkan mimpi yang mengandungi maklumat untuk menyelesaikan masalah yang ada di dalam minda saya.” Nyatakan masalah anda dan tambahkan lagi :” Saya akan mendapat mimpi itu, mengingatinya dan memahaminya.” Teruskan tidur. Anda akan terbangun pada tengah malam atau pada paginya dengan koleksi mimpi yang akan anda ingati dan fahami dan dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi. 

 MELENYAPKAN RAKSAKSA / HANTU 

Kanak- kanak begitu kreatif dan imaginatif. Sering kita dengar bagaimana kanak- kanak bermain dengan ‘kawan- kawannya’ yang tidak dapat kita lihat. Peranan media cetak dan elektronik menambahkan lagi kesukaran kita memahami kanak- kanak dengan daya imaginasi mereka yang kadang- kadang keterlaluan. Bagi setengah kanak- kanak raksaksa/ hantu ada di mana sahaja; di sebalik tabir, belakang pintu, di bawah katil dan yang hairannya mereka dapat menerangkan dengan terperinci tentang hantu atau raksaksa itu.

Apabila kanak- kanak melaporkan mereka bertemu dengan hantu ibubapa akan memasang lampu atau pergi ke tempat yang dikatakan berhantu itu dan menerangkan kepada kanak- kanak itu bahawa tidak ada hantu di situ. kepada ibubapa dengan tindakan mereka akan melegakan kanak- kanak itu , tetapi sebenarnya tidak. Mereka tetap dapat melihatnya di dalam minda mereka. 

Walaupun ibubap begitu berhati- hati untuk tidak mengujudkan suasana yang enakutkan terhadap anak- anak mereka tetapi ia masih terus berlaku. Antara puncanya ialah pembantu rumah dan penjaga kanka- kanak tersebut yang sering menakut- nakutkan mereka aabila kanak- kank itu enggan menurut perintah mereka. Mereka akan menggaru- garu dinding dan lantai sehingga mengeluarkan bunyi yang menakutkan kanak- kanak tersebut atau menceritakan cerita yang menakutkan agar kanak- kanak itu mendengar perintah dan duduk diam. Jika kanak- kanak itu dapat diyakinkan bahawa tidak ada hantu maka program berikutnya akan gagal kerana mereka telah meyakinkan minda mereka bahwa tidak ada hantu. 

Untuk memusnahkan hantu atau raksaksa ini kanak- kanak atau kita sendiri perlu turun ke tahap asas dan lakukan pemprograman pada tahap itu dengan menyatakan bahawa jika kita bertemu atau melihat hantu kita akan menunjuknya dengan jari telunjuk kita dan hantu atau raksaksa itu akan menjadi semakin kecil sehingga boleh dipegang dan dibuat ainan. Ia juga boleh diletakkan di atas tapak tangan dan apabila ditepuk ia akan hilang

e-mail : azaman13@tm.net.my

muka hadapan:

https://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

sambungan:

azamankkm1.htm  azamankkm2.html  azamankkm3.html

azamankkm4.html  azamankkm5.html  azamankkm6.html

azamankkm8.html  azamankkm9.html  azamankkm10.html

azamankkm11.html  azamankkm12.html azamankkm13.html