KAEDAH KAWALAN MINDA 

PEMBERSIHAN MENTAL

 Visualisasi dan imaginasi di dalam dimensi Alfa adalah kunci kepada kejayaan pemprograman semula dan penyelesaian masalah. Kita perlu sedar betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sikap dan pemikiran positif. Ini penting kerana ia bukan sahaja memberi kesan terhadap diri kita sendiri tetapi juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kita seperti ahli keluarga dan rakan sekerja. Semua yang diterangkan di dalam buku ini akan menjadi sia- sia belaka sekiranya anda bersikap dan berfikiran negatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jika kita merasakan bahawa kita akan gagal menyelesaikan sesuatu masalah, maka sudah pasti kita tidak akan dapat menyelesaikannya. Di dalam Kaedah kawalan Minda Silva kita menggunakan satu teknik yang dinamakan Teknik Pembersihan Mental. Apabila terlintas sahaja di dalam fikiran kita sesuatu yang negatif kita akan mengatakan “Batal!” dengansegera. Ini diikuti dengan menggantikannya dengan pernyataan atau perkataan dan pemikiran yang positif. Sebagai contohnya sering kita mengatakan :” Tidak boleh !.” Cuba gantikannya dengan “Boleh!.”

 Apabila seseorang itu mengatakan boleh, sebenarnya beliau sudah mengambil langkah bijak ke arah mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya orang yang mengatakan tidak boleh, sebenarnya telah melawan arus Tujuannya dan sukar untuk mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Perkataan negatif lain yang biasa digunakan ialah :”Cuba!.” “ Saya telah mencuba itu dan ini tetapi masih gagal!.” Pernahkah anda mencuba untuk mengutip duit syiling yang jatuh ? Sudah tentu tidak. Anda terus mengambilnya. Lebih baik jika anda mengatakan : “Saya akan lakukannya,” dan terus melakukan perkara yang perlu untuk menjamin kejayaan sesuatu kerja atau tugas itu. 

Bagaimana dengan perkataan- perkataan negatif yang lain seperti :”Bencinya...”, “ Meluat saya...”, “ Terlupalah ..”, “Risaulah..”, “ Rasa macam nak mati...”; dan berbagai lagi perkataan negatif lain yang kita gunakan saban hari dan saban masa. Sebagai contohnya, setiap kali bertemu dengan seseorang yang anda benci anda akan berkata :” Sakit hati saya apabila memandang mukanya!.“ Ia benar- benar membuat anda merasa sakit hati, benci , geram dan marah. Inilah yang dipanggil sebagai Pemprograman Negatif yang Berkesan. 

Proses ini sebenarnya berlaku dalam tempoh yang panjang kesan daripada pengulangan yang dilakukan tanpa disedari. Apa yang anda sedar ialah apabila bertemu dengan orang itu anda akan secara automatik berasa geram, marah dan benci terhadapnya. Apa yang telah dan sedang berlaku itu ialah Pemprograman Negatif yang berkesan sedang beroperasi. Bukankah baik jika kita terbalikkan proses itu dan memperoleh menafaat yang sebaik- baik dan sebanyak- banyaknya ? Pernahkah anda melihat atau bertemu dengan kanak- kanak yang menjadi mangsa sikap dan sifat negatif ibubapanya di rumah? “Bila terkena hujan, ibu kata kepala saya akan pening.” “Jangan bermain di dalam gelap nanti ditangkap hantu!” 

Berapa banyakkah ‘ sampah’ yang telah kita sumbat ke dalam minda anak- anak kita di dalam sehari ? Sering kita gelar anak- anak kita sebagai ‘bodoh’, ‘setan’, ‘hantu’ dan seumpamanya. Semua ini akan tertanam di dalam sel minda mereka dan akan kekal di situ sepanjang hayat mereka. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa sehingga usia seseorang kanak- kanak itu empat tahun, beliau telah mempelajari hampir 75 % daripada apa yang akan mereka gunakan di sepanjang hayat mereka. Bayangkan apakah jenis pemprograman yang telah dimasukkan ke dalam kepada anak- anak kita sejak usianya empat tahun dahulu ? 

Pemprograman lain yang sering kita lakukan terhadap anak- anak ialah tegahan atau larangan melakukan sesuatu perkara. Sering kita katakan kepada mereka :”Jangan buat itu, nanti....”. Apakah yang berlaku ? Mereka akan terus melakukannya lagi dan lagi biar berapa kalipun kita ulangi dan kita ingatkan mereka.Mengapa tidak kita hanya katakan kepada mereka:” Pergi main di tempat lain. Di sini panas!” Setiap kali kita menjerit dan marah serta mendenda dan memukul anak- anak kerana melakukan sesuatu kesalahan, ia seolah- olah satu pemprograman yang semakin kuat kesannya apabila dimarahi dan dipukul serta dijerit- jeritkan.Hanya beritahu sahaja agar jangan melakukan sesuatu perkara dengan nada yang lembut. 

Mengingatkan perkataan “Batal” apabila perlu akan memberi kesan yang mendalam keatas pemikiran tindakan dan hasil yang akan anda dapat lihat kesannya terhadap kesihatan, pencapaian kendiri, imej diri yang lebih baik, lebih berkeyakinan , lebih terkawal dan dapat memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak- anak dan rakan sekeliling. Ini dapat dilakukan dengan membersihkan mental anda. Apabila ditanya:”Apa khabar ?”. Dengan yakin jawablah :” Bertambah baik!”. Pengulangan yang berterusan akan memberi kesan yang baik untuk anda menjadi bertambah baik di dalam segenap bidang setiap hari.

e-mail: azaman1310@hotmail.com

muka hadapan:

https://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

sambungan:

azamankkm1.htm  azamankkm2.html  azamankkm4.html

azamankkm5.html  azamankkm6.html  azamankkm7.html

azamankkm8.html  azamankkm9.html  azamankkm10.html

azamankkm11.html  azamankkm12.html azamankkm13.html