BaGaImAnA mEnGgUnAkaN aLaT fOrMaT eXcEl
***BAGAIMANA MENUKAR FORMAT NOMBOR...***
*Nilai angka yang dimasukkan dalam helaian kerja biasanya bukan
setakat nombor sahaja. Mereka mewakili nilai wang,tarikh,peratus dan nilai lain.Secara
lalai,apbila satu nombor dimasukkan, nombor itu dipaparkan dalam format biasa,iaitu
dalam keadaan apabila anda menaipnya.Anda boleh juga mengguna format nombor
lain untuk mengubah maknanya.Misalnya,masukkan 5.05 mempunyai makna yang berbeza-beza.Jika
format mata wang digunakan,masukkan menjadi 505%.Dalam tugas ini,anda akan mempelajari
bagaimana mengubah format nombor dengan menggunakan butang bar alat dan kotak
dialog Format Cells.
1. Pilih Sel Atau Julat Sel.
- Pilih sel atau julat yang ingin ditukar formatnya .
2. Butang Currency Style .
- Untuk menukar ke format perakaunan ( yang menambah tanda
$,membundarkan nombor sehingga dua tempat perpuluhan dan menjarakkan $ supaya
tanda $ dijajarkan dalam lajur),klik butang Currency Style di bar
alat format .
3. Butang Percent Style .
- Untuk menukar ke format peratus ( yang menambah tanda % dan
menukarkan nombor dari satu pecahan atau integer ke nilai peratus), klik butang
Percent Style di bar alat format.( Ingat ! Peratus bermakna per seratus,
maka 0.12 dipaparkan sebagai 1200% ).
4. Butang Comma Style .
- Untuk menggunakan format tanda koma ( yang membundarkan nombor
ke dua tempat perpuluhan dan ditambah satu tanda koma menandakan ribu ), klik
butang Comma Style di bar alat Format.Untuk mengawal titik perpuluhan,anda
boleh juga mengklik butang Increase Decimal atau Decrease Decimal
di bar alat format .
5. Kotak Dialog Format Cells .
- Untuk mengguna format lain yang tidak didapati di bar alat format,buka
menu Format dan pilih cells. Kotak dialog Format Cells
dibuka. Klik tab number dan pilih satu format numbor dari senarai
Category. Nombor terpilih akan dipaparkan dalam format ini sebagai sample
.
6. Tetapkan Opsyen Format .
- Format yang berlainan menawarkan opsyen yang berlainan dalam kotak dialog
Format Cells.Klik satu format dalam Category dan tetapkan
opsyen bagi format ini. Huraian tentang kategori format itu muncul dibawah
kotak dialog .Untuk keluar dari kotak dialog dan menggunakan format baru,klik
ok.