Adakah anda suka melihat bagaimana melakukan sesuatau tugas daripada membaca mengenainya?Adakah anda perlu belajar
bagaimana menggunakan microsoft Word dan microsoft Excel,tetapi tidak mempunyai masa mencari apa yang anda harus
ketahui dalam buku yang besar dan tebal?sekiranya jawapan anda adalah ya bagi salah satu soalan tersebut,maka laman web
Tutorial Microsoft Word dan Microsoft Excel ialah laman web yang sesuai untuk anda.
Bagaimana mencipta dan memformat dokumen Word
Bagaimana menggunakan formula dan fungsi Excel
Setiap topik dipersembahkan secara visual,dengan pendekatan langkah demi langkah,supaya anda dapat melihat dengan
jelasnya cara mengguna setiap ciri dan fungsi dalam tugasan anda.Gamba skrin menunjukkan apa yang sebenarnya akan
dilihat dalam skrin komputer anda maka memudahkan lagi anda mengikuti setiap langkah atau tugas.
Anda boleh menggunakan laman web ini sebagai tutorial,membaca setiap bahagian secara satu tugas pada satu masa,atau
sebagai rujukan,mencari ciri yang ingin diketahui cara menggunakannya.Tidak ada cara yang muktamad,yang pentingnya
kaedah itu adalah kaedah yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran anda.
Dalam sekelip mata,anda akan menguasai semua alat asas yang diperlukan untuk mengguna perisian dipejabat atau dirumah
anda.Selain itu,anda juga dapat menguasai kemahiran asas untuk menggunakan komputer anda dengan lebih produktif lagi.
Anda tidak akan dapat menemui set perisian komputer yang lebih berkuasa lagi dan tiada cara lain yang lebih mudah
daripada mempelajarinya melalui laman web Tutorial Microsoft Word dan Microsoft Excel.