“
Untitled Document
bAgAiMaNa mEnGgUnAkAn CiRi UmUm MiCrOsOfT wOrD...
***BAGAIMANA MULA DAN KELUAR DARI MICROSOFT WORD...***
*Anda boleh memulakan
program Word melalui menu Start di meja Windows.Semasa memasangkan
program,setiap nama program telah dimasukkan ke dalam senarai menu Programs.Bagi
Outlook,ikon pintas juga ditambahkan dimeja Windows untuk capaian segera ke
e-mel dan jadual anda.Anda boleh menambahkan ikon pintas bagi program lain .Setelah
mengguna sesuatu aplikasi,gunalah salah satu daripada beberapa kaedah untuk
menutup program.Jangan lupa menyimpan kerja anda sebelum menamatkan program.
1. Buka Menu Start
- Klik butang Start di bar tugas Windows.
2. Pilih Programs
- Klik Programs untuk memaparkan menunya.
3. Pilih Satu Aplikasi
- Klik nama program Microsoft Office yang sesuai.Untuk membuka
Word,misalnya klik Microsoft Word.
4. Lihat Tetingkap Program.
- Tetingkap program dibuka dengan nama program muncul di bar
tajuk.Bergantung pada program yang dibuka,anda boleh mulakan kerja dalam dokumen
kosong Word.
5. Keluar Dengan Segera.
- Cara yang paling cepat menutup program ialah mengklik butang
tutup tetingkap,butang bertanda X di sudut kanan atas tetingkap.Anda juga
boleh menekan kekunci Alt+F4.
6. Simpan Kerja Anda.
- Jika anda belum menyimpan kerja anda,program menggesa anda berbuat demikian
sebelum keluar dari program.Klik Yes untuk menyimpan, No untuk keluar tanpa
menyimpan,atau Cancel untuk membatalkan prosedur keluar dari program.