Rasional atau emosional?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kita kini dikejutkan dengan isu perlucutan Dato Seri Anwar Ibrahim yang pada sesetengah pihak menganggapnya sebagai drastik dan radikal. Sebelum saya meneruskan pandangan saya terhadap isu ini, ingin saya nyatakan saya tidak menyebelahi mana mana pihak. Ini bukan dakyah atau instrumen mana mana pihak melainkan pandangan yang saya luahkan dari pengamatan saya selama ini.

Saya tidak berminat untuk membuat andaian samada Anwar atau Mahathir yang bersalah. Isu ini banyak di sentuh di media media massa yang lebih cenderung kepada kerajaan atau  laman laman web yang menyokong / simpati kepada Anwar. Anda boleh membuat perhitungan atau pengamatan anda sendiri.

Cuma disini saya ingin menarik perhatian anda semua kembali menyingkap sejarah politik Malaysia.

 

  • Datuk Seri Dr Mahathir pernah mengalami zaman gelapnya ketika kerajaan di bawah tampuk pimpinan Tunku Abd Rahman. Beliau pernah dibuang keanggotaannya dari UMNO malah tidak diberi peluang lansung untuk membela diri. Dan bukanlah suatu yang mudah bagi Datuk Seri Dr Mahathir untuk kembali membuat "political comeback". Jika tidak berbekalkan kecekalan tidak mungkin baginya untuk menerajui pimpinan kerajaan sekarang.
  • Dr Mahathir pernah seketika hampir ditewaskan oleh Tengku Razaleigh dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO sehingga berbagai isu timbul selepas itu, antaranya isu UMNO diharamkan suatu ketika dahulu.

 

Untuk melakukan "political comeback" memerlukan pengorbanan yang jitu dan hanya pemimpin yang berjiwa besar sahaja mampu melalui onak dan ranjau untuk kembali meneruskan perjuangan. Kita lihat saja apa yang terjadi kepada Tengku Razaleigh atau Hishamuddin Rais yang pada suatu ketika dahulu begitu gah untuk menjadi jaguh rakyat. Dimanakah kedudukan mereka di arena politik pada hari ini? Bukan kredibiliti Tengku Razaleigh atau Hishamuddin Rais yang saya ingin ketengahkan. Cuba renungkan faktor faktor yang membuatkan Mahathir lebih berjaya dari Ku Li mahupun Hishamuddin? "Persistence" ,"perseverance"  dan "consistence" membuatkan beliau lebih berjaya.

 

Begitu juga Anwar, situasi kini sebenarnya menguji ketahanan beliau sebagai seorang pemimipin yang "persistence" dan tahan lasak. "It pays to loose battles in order to win a war !". Saya secara peribadi juga tidak percaya ke atas tuduhan yang dijatuhkan kepada Anwar. Tetapi jika kita melihat senario ini secara 'holistic' dengan menganjak sedikit paradigma , kita akan dapati ; situasi ini selain ianya sedikit sebanyak merupakan bala kepada Dato Seri Anwar, tetapi ia juga merupakan satu 'sentuhan untuk membentuk pemimipin yang lebih utuh dan jitu'. Bagi saya ianya merupakan "it's a blessing in disguise". Mungkin hari ini Anwar dilucutkan dengan isu yang aib, tetapi esok lusa dapat melakukan "political comeback" dan kehadirannya untuk kali kedua dalam arena politik bukan lagi Anwar Ibrahim yang boleh diperkotak-katikkan. Tidak mustahil jika Presiden Amerika yang akan datang tidak berani bertentang mata dengan Anwar sekiranya ini benar benar menjadi realiti. Bukankah "Difficulties build character"?

 

Kesimpulannya, usahlah kita bertindak melulu dalam menangani isu sebegini, merusuh atas tiket reformasi (ataupun sebenarnya agenda peribadi Anwar), atau menuding jari yang Anwar adalah pengkhianat bangsa. Ada baiknya jika kita beri kepercayaan kepada sistem kehakiman negara kita menentukan keadilan yang selayaknya.Renungkanlah.

Disclaimer: Laman ini tidak mempunyai tujuan menghasut dalam apa jua bentuk, melainkan cuba memberi pandangan beberapa individu yang merasakan isu ini ada baiknya diselesaikan dengan suasana yang tidak menimbulkan malapetaka kelak dalam apa jua bentuk demi kesejahteraan bangsa Melayu sendiri .