MARI BERSIKAP RASIONAL DAN BERTENANG

Terlebih dahulu ingin saya katakan bahawa saya bukanlah penyokong Dr. Mahathir ataupun Dato' Anwar Ibrahim ….akan tetapi seorang pemerhati yang ingin berkongsi pandangan semuga kalian tidak terburu-buru membuat sebarang tindakan yang memudaratkan kita sendiri kelak.

 

Persoalan & Pandangan Saya:

 

    1.Benarkah tragedi yang berlaku sekarang suatu KONSPIRASI atau mainan adu domba pihak2 lain?

    Cuba bertenang sekejap dan fikirkan implikasinya sekarang. Tahukah anda bahawa keadaan suasana sekeliling kini berada dalam keadaan 'tense'? Semalam adik saya bergegas membeli beberapa keperluan barangan dapur kerana kuathir suasana sekeliling. Jiran Cina saya kata harga barang nak naik. Kenapakah ini semua berlaku? Jikalau suasana kini bertambah genting seperti yang saya rasakan, maka berkemungkinan negara kita bakal dilanda suatu malapetaka yang buruk. Mahukah kita benarkan perkara ini berlaku? Siapakah yang bakal beruntung dari hal ini? Adakah anak-anak kecil kita bersedia untuk menahan dugaan ini jika tiba2 peraturan darurat berlaku? Bersediakah kita untuk bermusuh sesama Melayu dan bangsa2 lain atau puak2 spt. Ulamak dan orang2 Awam? Apakah peranan puak Ulamak ini kelak, untuk kita capkan? Dan pada masa Acara Sukan Komenwel ini, adakah kita nak biarkan rusuhan, pergaduhan berlaku didepan mata orang asing? Apakah kita sudi digelar Extrimis,

    Fanatik, Pengganas dan sbgnya kejian pada pandangan mereka? Banyak persoalan yang perlu kita tapis dan buat analisa untuk merasionalkan pergerakan mahupun tindakan kita. Berfikirlah dahulu sebelum kita terngadah oleh tindakan terburu kita nanti. Kita perlu berhati-hati dan berfikir tenang dan panjang untuk membuat sesuatu kesimpulan. Janganlah kita bertindak dan berfikir kemudian. Binasa diri kita kelak.

 

    2.Pandangan saya terhadap Dato Sri Anwar – Saya susah sekali ingin mempercayai bahawa beliau terlibat didalam skandal LIWAT (bukan seks biasa). Sebab, pada pandangan saya, seseorang yang berilmu agama didalam dadanya, boleh mengeluarkan kata2 ayat suci AL-Quran bukanlah insan yang mudah untuk menggunakan alat kelakiannya keatas seorang LELAKI lain. Susah saya nak percaya perkara ini. Yang lain kot mungkin boleh berlaku spt. Korupsi dll. tetapi meliwat…Masyaalah. Bayangkan hati, fikiran kita yang waras dan kenal sedikit sebanyak pegangan Islam nak LIWAT – memasukkan anggota kelakian kita kelubang dubur orang…ish…ish…susah sekali nak percaya. Tapi kalau benar …APA nak jadi dengan keyakinan kita pada orang seperti ini. Harapan saya Dato' Sri Anwar bukanlah sedemikian orangnya. Kalau benar, kecewa, marah, kesal dan bencinya saya padanya dan diri saya yang boleh terpedaya oleh patungan Syaitan. Saya berdoa, berharap akan Dato' Sri Anwar di redai ALLAH swt untuk mencari keadilan dan kebenaran dalam cara yang paling benar iaitu menggunakan saluran undang-undang di Mahkamah. Malah kita patut sokong pergi mengiringi beliau disessi tersebut, menghulurkan bantuan wang guaman, mententeramkan suasana agar kita di pandang MULIA dan berdisiplin…seperti yang disarankan oleh Dato Sri sendiri. Dan bukannya melaungkan kata2 hasutan atau bersikap fanatik. Kita mesti menunjukkan akhlak yang tinggi.

 

    3.Pandangan saya terhadap Dr. Mahathir dan para pentadbir negara : Adakah mereka ini bersikap korupsi atau tidak, wallahualam? Tetapi jika betul iklas untuk membersih imej ahli maka betullah Dato Seri Anwar patut meletak jawatan spt. Menteri2 terdahulu spt. Tan Sri Rahim Tambhy Cik dan Tan Sri Muhammad Taib. Dato Seri Anwar patut meletak jawatan demi untuk membersihkan imej beliau dimata pandangan umum. Tetapi beliau tidak mahu meletak jawatan lantas tentulah beliau akan dipecat. Ibarat jika kita lawan Taukey tentulah kita akan menerima akibatnya. Tidak patut beliau menelunjuk jari kearah sistem pentadbiran negara atau UMNO bahawa ada komplot konspirasi dikalangan mereka. Adakah mereka yang mentadbir UMNO dan negara ini korup dan jika benar kenapakah Dato Anwar tidak keluar dari UMNO untuk memperbaikinya dari luar jika beliau rasa dari dalam amatlah SUSAH. Tidaklah professional jika semasa kita didalam UMNO dan menjadi ahli kabinet menteri kita bersekongkol tak berdaya membetul kepincangan dan setelah keluar baru nak telunjuk kesalahan orang. Lebih baik kita keluar dari kelompok itu dan tubuh parti sendiri dan lawan cara benar untuk menegak keadilan dan kebenaran. Beliau telah maklum bahawa perkara ini bakal berlaku dan semasa diminta meletak jawatan beliau patut akur dan buktikan dimedan mahkamah bahawa beliau benar. Takut apa pada cacian, pandangan serong atau kejian jika kita tahu kita adalah BENAR. Lumrahnya senario politik sememangnya begitu, salah sikit maka kita pasti dicantas, dicaci, difitnah dll. 

 

    Persoalan : Adakah benar negara kita ini korup? Jika benar, siapakah yang memilih pemimpin2 ini? Apakah pemimpin2 kita diatas tu semua tak bela nasib orang2 Melayu? Apakah kita tidak disediakan berbagai subsidi? SUBSIDI sebenarnya adalah suatu korupsi bagi pandangan saya. Kita orang Melayu hari ini adalah korupsi kerana : Nak pilihanraya kita pakat mintak macam2, nak berniaga minta subsidi pinjaman dan keistimewaan berbagai. Nak belajar minta bantuan pinjaman. Kaum lain tak dapat pun subsidi tetapi mereka boleh berjaya. Kenapa kita tidak boleh? Sebabnya kita sendiri korupsi. Pilih pemimpin, kita korupkan mereka. Dalam kerajaan kita yang nakkan berbagai subsidi…maka lahirlah budaya korupsi. Marilah kita sama2 Insaf dan Sedar bahawa untuk berjuang kepada suatu keadilan dan kebenaran – biarlah kita semak diri kita terdahulu. Ma'af kan saya jika kata2 ini membenarkan diri sendiri dipertikaikan.

 

    4.Teori dan Harapan Saya : Saya berdoa dan berharap kita semua di jauhkan bala dan diberi kesejahteraan hendaknya. Semuga kita semua sedar seketika dan diberi manafaat dan dapat berfikir panjang agar, "kerana nila setitik tidak rosak susu sebelanga", "telajak perahu bolih diundur, telajak perbuatan padah generasi kita". Ambillah tragedi ini sebagai suatu iktibar kepada diri kita, dan juga untuk para pemimpin kita dan mari kita bina sama2 negara yang kita cinta ini. Kita tidak perlu berundur semula kezaman mundur oleh kerana kepincangan yang ada sekarang. Biarlah mereka yang dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja2 mereka dan kita jalankan kerja2 kita SEBAIK MUNGKIN. Yang perlu kebendang pergi bendang, yang perlu kelaut pergi kelaut, yang perlu menarik teksi pergi mencari rezeki, yang perlu belajar pergilah belajar. HARAPAN SAYA : JANGANLAH ESOK HARI KITA DIPERINTAH DARURAT. Teori dan harapan saya pula : mungkin Dr. Mahadzir & Dato Sri Anwar bersetuju dan berlakon dalam acara perlucutan jawatan Dato Sri Anwar untuk melihat, mengenali dan membersihkan kuncu2 atau pengikut kedua2 pihak yang sebenarnya menjadi dalang atau yang menimbulkan  permasaalahan ini dan sesudah Sukan Komenwel atau setelah perkara ini reda, maka Dato Sri Anwar di kembalikan kejawatan beliau yang asal dan terus di benar menjadi Pewaris Pemerintahan kemudiannya. Who is the best of them all – Anwar , Tengku Razaleigh, Musa Hitam atau siapa? To me they are all the greatman we have. Jika bukan mereka maka kita kenalah cari bakal pemimpin kita sekarang? And who do you think? Me, I'd say MB Johor, Syed Hamid Albar, Tan Sri Isa Samad…I believe those who Act more n talk less. Yes…Yes…

 

Akhir kata, maafkan saya kerana berhujah panjang lebar. Sudah lewat, besok kena rush pergi beli ration as nobody else seem to be relax, they have cause n make me go with the rush. Take care all of you. Vote for FREEDOM n JUSTICE next time, not CORRUPSION. Better look n see, rather then you look but you don't see! Wassalammualikom.

Disclaimer: Laman ini tidak mempunyai tujuan menghasut dalam apa jua bentuk, melainkan cuba memberi pandangan beberapa individu yang merasakan isu ini ada baiknya diselesaikan dengan suasana yang tidak menimbulkan malapetaka kelak dalam apa jua bentuk demi kesejahteraan bangsa Melayu sendiri .