SINOPSIS PERLUCUTAN JAWATAN DATO' SERI ANWAR

– DARI KACAMATA SAYA

 

Umum mengetahui bahawa semasa mulanya era pentadbiran Dr. Mahathir dan dikala beliau merangka anggota kabinetnya, dan percaturan politik, beliau telah menarik Sdr. Anwar Ibrahim kedalam kancah politik UMNO yang mana beliau telah jelas lihat masa depan politik negara, bakal memerlukan suatu arus peradaban manusia yang menjurus ke era KeIslaman. Sila soal diri anda disini, Agaknya, adakah Dr. M jujur dan telus pemikiran beliau diketika itu? Benarkah beliau hendakkan Anwar untuk memperjuangkan Islam dalam negara? Tidakkah ada orang lain selain Anwar? Fikiran saya, Dr. Mahathir membuat pilihan tepat dan memang tajam pencaturan beliau itu. Setelah dilantik Anwar, beliau mendidik, memberi sokongan dan meletakkan Anwar di tapak yang kukuh hinggalah tiada sesiapa yang berani menggugat kedudukkan Anwar. Dr. M telah beberapa kali membuat open declaration bahawa Anwar is the next PM. NEXT PM.

 

Dari kacamata saya pula, Sdr. Anwar, kini bergelar Dato Sri Anwar sudah tentu akan berasa selesa dan bangga dengan persekitaran yang disediakan. Persoalan : Jikalah kita seperti Dato Sri Anwar – yang berkebolehan dalam ilmu agama, seorang intelek pulak yang berkarisma (sila rujuk cara beliau berhujah), mempunyai pengaruh dalam dan luar negeri contohnya diLibya, negara2 Arab dll. (ketika belum jadi pemimpin UMNO), dan pernah pula mengalami peristiwa penahanan dibawah Akta ISA (kerana memperjuangkan nasib bangsa kita di Baling melalui tindakan demonstrasinya), dan mempunyai pula penyokong dasar dari golongan pelajar2 universiti, dan pertubuhan Abim, tidak lupa ditambah dengan sokongan Dr. Mahathir dan lain2 lagi sokongan, maka tidak kah beliau akan berasa kukuh, tidak bisa di perkotak katikan atau di usik? Tidak kah beliau akan berasa bangga, ego dan mungkin memandang rendah kepada persekitaran yang tidak Islam bagi nya? Jawapan saya ialah mungkin Sdr. Anwar kita telah berasa beliau terlalu 'GAH' dengan keadaan persekitaran beliau. Tambahan pula beliau digelar The Great Economies, dicalun pula menjadi anggota didalam IMF dan UNESCO. Saya dan kita umumnya bangga dengan pencapaian beliau, tetapi pada diri Anwar atau seseorang yang berada ditempat beliau, bagaimana agak perasaannya? Tentulah lebih tepat jika saya katakan mempunyai perasaan Angkuh dan Ego.Dari sikap inilah mungkin tercetusnya perasaan tidak selesa oleh orang2 lain disekelilingnya .Perlu diingat beliau dipilih sebagai pemimpin kerana Dr. M berkehendakkan insan yang akan membawa Era pemerintahan kita kedimensi Islam. Ok. Berbalik kita kepada Kes Pemecatan Anwar.

Berikut adalah beberapa petikan saya mengenai sinopsis lampau keatas Anwar dan dari lapuran2 sekarang yang tersedia dibentang dalam medan akhbar, media2 TV baik diInternet, di dalam dan luar negeri dan pandangan saya yang kontras dan pro dari petikan lapuran berikut. Saya sarankan anda membuka minda anda sekejap dan merenung ulasan2 berikut:

 

    1.Statement Anwar sekarang mengatakan beliau percaya wujud konspirasi peringkat atasan. Kenapa beliau tidak fikirkan perkara ini semasa beliau ditawarkan jawatan terdahulu? Kenapa beliau baik sangka dan kini kebanyakkannya buruk bagi beliau. Sistem pentadbiran Korup, Sistem Perundangan Berat Sebelah, pihak Polis tidak telus menjalankan tugas, dibabitkan dan di tambah pula, bahawa kepercayaan kepada kebenaran dan keadilan serta Para Ulamak di tindas. Dimanakah beliau ketika beliau diperlukan untuk memperbetulkan kepincangan tersebut? Jawabnya beliau GAGAL dan LEKA dek sanjungan yang tinggi di persadakan di hadapan mata beliau. Jikapun beliau bersimpati dengan para ulamak yang disingkir, peguam yang ditukar, tekanan politik keatas orang2 tertentu, beliau harus menyuarakan didalam kerajaan atau ditempat yang telah sedia ada atau spt. di peringkat majlis tertinggi. Bela kebenaran.Tetapi beliau tidak melakukan ini, kenapa? Sebenarnya beliau takut untuk hilang persekitaran yang ada. Lagi pulak, beliau adalah keturunan DKK – mamak Penang. Kita sedia maklum, mereka ini kebanyakkan (MAMAK)…saya ulang kebanyakkan nya bersikap PENGAMPU dan PANDAI AUTA (Berpura-pura). Itulah sikap beliau pada amatan saya. Tidak juga saya bersetuju dengan tuduhan yang dikatakan beliau melakukan Seks Haram atau Liwat yang mana saya fikir amat berat sekali untuk mempercayainya. Olih sebab: Susah bagi saya untuk membayangkan seseorang yang mempunyai ingatan ayat2 suci Al-Quran tergamak memasukkan kemaluannya kedalam lubang dubur seorang Lelaki. Pada hemat saya orang yang boleh memberi khutbah diatas mimbar dalam masjid tidak sama sekali bakal berbuat demikian. Tetapi jika benar, apa nak jadi pada mereka (yang menyokong Anwar secara fanatik) yang mana kini bersemangat meluap hendak menyokong, bahkan nak melakukan REFORMASI? Apakah mereka ini mahu digelar golongan umat Nabi Lut kelak? Akan tetapi orang yang Lupa Diri akan KeEsaan ALLAH swt. dan yang tidak berani menegakkan kebenaran dan kesucian Agama Islam mungkin bacul didalam persada kewajipannya semasa menjalankan tanggongjawabnya di peringkat pemerintahan. Mungkin ramai akan berkata Apakah Dosa ANWAR hingga diperlakukan sebegini cara dan kenapa saya menghentam beliau. Kenapa kita tidak persoal - Mengapa ANWAR membenarkan perkara ini berlaku? Saya tidak marah kepada ANWAR, tetapi kenapa ANWAR yang kita calon, yang kita pangkah setiap kali pilihanraya, termasuklah lain-lain pemimpin tidak dapat membetulkan agenda pemerintahan? Awat, susah nak tegakkan Islam? Saya rasa tidak susah nak tegakkan Islam. Yang susah adalah apabila kita ingin menegakkan secara paksaan. Ingatlah, bahawa Islam adalah agama yang Universal dan pembawakkannya harus secara sederhana tetapi konsisten. Kini Anwar dan konco2nya datang balik kepada medan Rakyat untuk mendapat sokongan. Bukankah kita sudah memberi sokongan semasa mengundi beliau? Bukankah mencalon pemimpin ( Memberi Kepercayaan) didalam suatu pilihanraya itu suatu AMANAH yang besar dan berat bagi kita laksanakan? Besar dan berat kerana kepercayaan kita hanya bolih diubah apabila sampai tempoh pemilihan baru – 4 tahun. Bukan 4 bulan, 4 tahun la! Kini kita dilaungkan cogan REFORMASI dan kita digusarkan dengan suasana persekeliling yang tidak tenteram – anak muda di Universiti yang menjadi harapan ibubapa untuk belajar dan membela nasib keluarga, kini tidak tenteram dan berfikiran kecamuk (jika mereka tu matang takpa, apa nak jadi kalau depa tu yang cepat panas baran), pencari rezeki harian seperti pekerja operator kilang, pemandu teksi dll. tertekan untuk mencari rezeki harian, jika esok diumumkan darurat, kanak2 kecil yang tidak mengerti perit kehidupan mungkin terpaksa menagih susu2 terakhir mereka (bagi orang miskin), cendiakawan dan pemimpin diadu untuk bertelagah (tiada tumpuan bagi menghadapi masaalah utama negara), ancaman negara mungkin tercicir masuk (pendatang asing buat duit, tolong edar risalah), imej negara at stake (berita2 luar yang negatif, kita orang Melayu di Cap sebagai tidak tahu memerintah), rata-rata rakyat membeli bekalan makanan (ini tidak menolong mengurangkan inflasi mahupun ekonomi negara) : oleh kerana angkara siapa? Mahathir? Anwar? Atau kita yang tidak dapat menangani masaalah ini dengan matang, berfikiran waras dan tenang? Ya itulah jawapannya : KITA MESTI BERSIKAP TENANG, BERFIKIRAN WARAS DAN PERCAYA kepada sistem pentadbiran negara yang kita sama-sama bina. Bukankah Anwar yang mengetuai pembentangan Akta Pencegah Rasuah tempohari? Bukankah Anwar yang merasmikan simposium tamaddun Islam, simposium itu, ini dan lain2 Akta lagi? Untuk apakah itu semua? Janganlah beliau berlakon didepan rakyat, melaung sana-sini, menuduh agensi itu dan ini dan menyusahkan rakyat. Kita faham akan KEKECEWAAN beliau tetapi beliau mestilah percaya kepada diri sendiri dan undang-undang yang beliau sendiri terlibat merangka dan luluskan. Begitulah juga dengan kita semua. Percaya dan yakin kepada apa yang kita pangkah tempoh hari. Insyaalah KEBENARAN pasti akan terjalin dan diwujudkan. Kita tidak perlu menyatakan sokongan kepada sesiapa tetapi kita mesti benarkan KEADILAN melalui prosesnya tersendiri, ditempat yang disediakan (Mahkamah) dan berlangsung pada waktu yang dibenarkan. Jika kita tidak puas hati, maka laksanakan tanggungjawab kita – MENGUNDI pada wakil yang benar-benar boleh dipertanggungjawabkan. HA….ini lagi satu bab : Mengundi. Lihat sekeliling kita, rakan2 dan sanak saudara kita, semasa waktu pilihanraya. Barisan janji itu, Pas janji ini dan berbagai lagi. Siapa didalam Barisan dan Pas. Kita adalah diantaranya atau kitalah yang memangkah mereka. Apakah Pengundi ini mengundi kerana mereka tahu kewajipan mereka atau kerana mereka suka dan gemar diri mereka dikorupkan dengan permintaan yang mereka sendiri letakkan atau terus terang saya katakan UGUTAN kepada calon pemimpin. Ada wakil rakyat juga yang berjanji dan tidak kurang juga rakyat yang mohon diberi kemudahan yang berbagai – bagai rupa bentuk dan benda. Fikir…Fikir…dan…Renungkan kisah perbuatan kita. Untuk menuduh sistem pentadbiran korup, kerajaan korup – mereka tu siapa kalau kita yang tidak menentukan mereka. Dan wakil2 rakyat yang melaksanakan tugas mereka adalah atas permintaan kita. Jangan mudah kita perkotak katikan pemikiran kita secara sempit. Buang kekecewaan dan hadapi masaalah  dengan tabah.

 

    2. Statement Anwar seterusnya mengatakan beliau telah mengajukan pengfitnahan ini kepada PM bersama-sama bukti dan setelah berbincang dengan PM, dan PM mengusulkan beliau menguruskan dengan pihak berwajib. Which is the right course and decision made by PM. Tetapi apabila beliau mendapat respond yang kurang pada harapan beliau, prasangka buruk mula menular disanubari beliau. Kenapa? Apa yang beliau takutkan? Pada pandangan saya, beliau takutkan kehilangan kepercayaan PM, ingin menduga kepercayaan PM, ingin melihat Milage beliau didalam ingatan PM. Mungkin juga cuba mendapat kerjasama PM untuk melenyapkan orang2 yang tidak sided kepada beliau (PM to do the dirty job) atau PM ambush some strong oposition (mungkin juga penyokong PM). Lalu kini beliau katakan  Konspirasi peringkat atasan. Amboi mudahnya menuduh sekarang. Sebenarnya prasangka2 ini boleh berlaku jika beliau sendiri tersilap langkah dalam pergaulan dengan semua orang. Beliau juga kata beliau tidak mengarahkan pegawai2 pencegah rasuah menyiasat IGP dan AG (mungkin ini yang menyebabkan pihak polis dan pihak guaman lewat/leka bertindak atau kerana tidak suka dengan sikap gah/sikap 'gempak' SiAnwar atau mereka just doing their routine work yang tedious). Tetapi pada hemat saya, semasa memperkuatkan pembentangan Akta Rasuah dan mungkin oleh sikap mamak beliau yang suka gempak atau yang suka menunjukkan adengan2 tegas menegas, agar sedap didengar oleh para pendokong reformasi atau halua teliga kita semasa itu, maka beliau telah terpijak kaki kawan2 atau orang yang merasa terancam periuk nasi mereka (Rujuk sikap korupsi yang diperkatakan diatas – tidak semestinya mereka korup tetapi society sekeliling pun ada yang korup). Ibarat kita nak berdakwah, kita tak boleh ajak orang joint   Islam dan melaungkan bahawa kita ada undang2 potong tangan. Kita mesti ajak kepada perbuatan kebaikan dan baru dipupuk dengan peraturan dan hikmah2 yang wujud dalam Islam. Ingat Islam bukannya agama potong tangan. Begitulah undang2 Akta Rasuah bukanlah boleh dilaungkan dengan cara nak 'gempak' atau bersuara secara tegas tetapi TINDAKAN mestilah tegas seperti PM yang acapkali bertindak tegas. Berbalik kita kepada perkara menakut2kan Akta Rasuah. Dari sudut kajian psikologi, manusia yang di takutkan akan bertindak disebaliknya. Inilah Padahnya Anwar mengundang fitnah. Pendirian beliau betul, pendirian si orang yang gusar pun betul tetapi cara lagak gaya Anwar tidak betul. Yang dia dok pi kejut2kan orang pasai apa. Sampai gilirannya buatlah kerja betul2. Sabar Anwar, sabar. Che Det (PM) pun sabar juga masa dia tunggu gilirannya nak jadi PM. Tapi kawan kita Anwar ni, pi dok cari pasal, nak tunjuk teror buat apa. Taula kita semua hang teror, ada strong base dan PM sokong kuat. Semua sokongan dan grass root support termasuk yang diluar negeri, sudah kuat. Sabar sajalah. Jangan mudah prasangka kawan2 dan orang2 bisnez. Mereka pun bekerja keras juga. Untuk diri sendiri, nak belanja dalam negeri, nak bukak kilang, nak bayar cukai kerajaan dan nak sediakan prasarana untuk para kakitangan mereka. OK katakanlah Anwar menang dengan agenda REFORMASI ini, adakah kita boleh dijamin dengan ketelusan, kebebasan dan apa2 lagi yang dilaungkan beliau sebelum beliau dipecat? Masa dalam kabinet, kenapa dia tak buat? Anwar boleh jamin ka dia boleh buat hingga berjaya? Jawab – Siapa boleh Jamin. Tidak boleh. Yang boleh jamin ialah kita – RAKYAT. Tapi bukan diatas tiket kekecewaan Anwar tetapi oleh pemikiran yang matang dan jiwa yang murni untuk mengklasifikasikan pemimpin yang berjiwa rakyat. Jika Anwar menang dan mendapat sokongan total, kita perlu ingat –" total and absolute power leads to total corruption." So tanya diri, would u invite for a rebelious action? Would PM want a rebelion. He is now considered to be not absolutely in full power when he lost his right hand man. I think his action is sincere somehow. Full control in Administration doesn't mean he is full in power. Remember, it takes a team to work in an organisation and he has a mass of duty and problem to settle. Kesian, kat dia. Latih punya latih dan sokong punya sokong, dah terpaksa sia2 memecat Anwar dan berhadapan problem lagi satu pulak. Di tuduh pakatan konspirasi peringkat atasan. Ish..Ish..Kacang lupa kulit punya orang. Tapi PM kita ni pun satu. Berapa banyak TPM yang sesuai dan suit to his taste or to our Nation?  I favour PM in this sence b'coz he mean business and think whats right for the sake of the people and nation. I don't think our PM wants absolute power, or else he wouldn't know who's surrounding him is BAD ( I mean Corrupt, kalau yang ada asyik mengampu, yes man saja tak baik untuk percaturan minda PM kita). And he knows that this is not good for him and the nation. So bukankah ini membuktikan bahawa beliau sememangnya boleh di ajak berbincang atau bersanggah pendapat, tapi asalkan ada fakta dan penghujahan yang konkrit lagi bernas. Persanggahan pemikiran selalunya boleh membuahkan hasil jika kedua pihak memegang prinsip yang positif, dan saling hormat menghormati. Bukankah PM kita mempunyai sikap dan ciri2 sebegini yang mana beliau masih boleh berunding dan berbaik semula dengan pemimpin2 yang lalu spt. Musa Hitam dan Tengku Razaleigh yang lumrah bagi kita suka bercanggah pendapat dengan PM.  So should Anwar. Beliau patut gunakan forum yang wujud didalam parti spt. Majlis Tertinggi Umno untuk memperjuangkan pandangan beliau dan memperbaiki segala kepincangan/penyelewengan dalam parti/kerajaan. Saya fikir beliau tidak gunakan peluang tersebut atau berpura-pura menyokong PM, akan tetapi menggunakan orang lain seperti Dato Zahid Hamidi untuk membentangkan di sessi persidangan Umno, tempoh hari. Ini tidak, beliau melaung diluar selepas kecewa dipecat maka beliau laungkan konspirasi, reformasi dan berapa banyak 'C' lagi tak tau. Come-on Anwar, be Gentlement and Professional. Do not misuse Rakyat for the sake of oneself. Enough that we have vote for U and U seem to FAIL in doing your job. Kalau Sdr. Anwar buat parti sendiri dulu, I mostly will support U. Saya rasa benarlah reason yang Dr. M beri pada awak – Beliau Tidak Sesuai Dengan Jawatan Itu  Lagi. Remember, he was offered to surrender his post. Not once!

 

    2.Sebenarnya saudara-saudari, saya tidak berminat untuk membincangkan perkara ini, saya bukannya pandai nak berpolitik, akan tetapi, oleh kerana dukacitanya saya, sedihnya saya apabila mendengar orang Melayu mengutuk sesama bangsa, mencaci kaum sendiri, anak-anak muda memekik Allahuakbar tanpa tahu dan ingin menyelidik lebih lanjut – kenapa dan apakah yang nak diperjuangkan? Perjuangan untuk siapa? Ditambah pula jiran2, bangsa asing yang mencemuh keadaan kita, adik dan sanak saudara saya yang mula membeli bekalan barangan rumah kerana takut dan gusar, jika berlaku rusuhan. Para cendiakawan yang mula menusupkan idiolisme memberontak, dan membuat reformasi spt. dilaman Internet. Maka saya  gusar jika berlaku suatu BALABENCANA kepada nasib kaum kita.Mari berhenti dan berfikir sejenak. Jangan risau atau mengiakan ulasan saya diatas, akan tetapi tanya pada diri banyak2, apakah yang sedang kita hendak lakukan ini? Apakah faedah yang akan dibawa oleh kita? Cuba luangkan fikiran, cuba lihat disekeliling, cuba dengar apa telah diperkatakan oleh musuh Islam, berita negatif dari negara2 jiran kita, musuh2 negara yang mula menyebarkan berita2 yang tidak tepat. Yang kita pula asyik dok nak bersenting lengan sesama kaum sendiri? Bijak kah kita bertindak begini? Pandai sangatkah kita mentadbir suasana sebegini? Rezeki esok pun belum tentu, dan ada yang masih meminta wang dari ibubapa atau bantuan pinjaman kerajaan atau kenaikkan gaji dari kerajaan. INSAFLAH, jangan lekas menuduh dan bertindak. Cuba berhati2 dan lihat keadaan negara dan ekonomi kita. Desas desus telah mula menular, harga2 barang spt. beras  nak naik lagi, minyak masak di Kangar katanya dah kehabisan. Mana pi Tok Megat Junid kita? Oh…dia kena pi rata cerita, pebetui keributan kes Anwar. Aik!! ..Mana dan Siapa dia nak pebetui keadaan kita? Tanya ini pada diri sendiri. Hah…cerita pasai nak pebetui kes Anwar ni lagi satu hai. Peringatan untuk pemimpin kerajaan. Kalau compare team yang dihantar : Dato Shahidan Kassim dan Dato Rahmat dibanding dengan Anwar dan Dato Harun Din. Saya rasa mungkin ramai akan pergi dengar ceramah Anwar kerana mereka yang hadzir pasti terpikat kepada ciri-ciri perwatakkan, gaya persembahan dan latarbelakang pemimpin yang menjadi tarikkan rakyat. Di tambah pula dengan cerita sedih, kekecewaan, penganiyaan dan cerita keIslaman. Kita yang tak fikir atau fikir panjang pun pasti tergoda. Betul tak? Mungkinkah ini bakal menjurus kepada penahanan orang ramai dan puak intelektual dan ulamak Islam? Akan jadilah pencaturan Anwar yang beliau akan di tahan oleh Akta ISA. Aduh …Gawat…Gawat. Minta simpang ya. Janganlah ada bayangan pula diantara kita atau perasaan nak membunuh. Sebenarnya angkara in adalah bakal2 hasil buatan orang Melayu kita sendiri. Janji puas hati semua yang kecewa. Fikir lah luas2 dan jangan kita nak membela hak kita dan menghancur hak orang lain. Betul tak Tok Guru Harun Din! Jika kita nak menegakkan hak orang teraniaya dan orang yang bakal ditentang pun akan rasa mereka teraniaya. Dato Harun Din kalau nak bercanang untuk Anwar, baik masuk politik atas dasar forum yang dibenar. Baru saya boleh pangkah untuk Dato, tapi jangan berada disebalik dasar tiket keagamaan. Ingat setiap titik darah dan nyawa orang Islam yang kita tumpahkan, bermakna kita melakukan suatu dosa besar! Api kemeluapan kebencian selalunya diiringi dengan Syaitan dan Iblis. Sepatutnya pada masa ini, para ulamak kenalah ambil inisiatif menenangkan keadaan dari api kebencian yang tidak tentu arah. Oh.. sorry…banyak ulamak yang tak tahu mengendalikan mIRC atau surfing WebPage. Sayang2..seribu kali sayang. SAYANG PAHLAWAN MELAYU TERBUANG, SAYANG PAHLAWAN MELAYU TAK TERBILANG, SAYANG LAGI KALAU PAHLAWAN MELAYU LANGKAHNYA CURANG.

 

Berakhir disini dahulu, izin saya memohon maaf kepada mereka2 yang berkenaan. Saya tiada niat memburukkan atau mendera pemikiran sesiapa. Cuma rasa sayang dan tanggongjawab saya terhadap Umat Islam, bangsa Melayu, demi kemakmuran negara dan orang2 yang mungkin bakal teraniaya. Janganlah BERGADUH. MENGUCAP DAN BERSABAR.

 

Sehingga kita berjumpa dilain kali. Doa dan Salam ikhlas dari saya. Wassalam.

Bawak bertenang, bawak bertenang, bawak bertenang, bawak bertenang……

Bersabar, bersabar, bersabar, bersabar, bersabar, bersabar, bersabar…..

"Sesungguhnya Perjuangan Membela Bangsa Kita Masih Jauh." - Mahathir

Disclaimer: Laman ini tidak mempunyai tujuan menghasut dalam apa jua bentuk, melainkan cuba memberi pandangan beberapa individu yang merasakan isu ini ada baiknya diselesaikan dengan suasana yang tidak menimbulkan malapetaka kelak dalam apa jua bentuk demi kesejahteraan bangsa Melayu sendiri .