Siti Writes
Memperkenalkan Juara Bintang HMI 95
Kini sejarah pertandingan Bintang HMI telah mencatatkan satu lagi nama baru iaitu Siti Nurhaliza yang menjuarai pertandingan ini pada 23 Disember 1995 dengan mempertaruhkan lagu "Camar Yang Pulang" yang dipopularkan oleh Aishah.
Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang baru berusia 17 tahun ini sememangnya berbakat besar di dalam bidang nyanyian. Mempunyai suara yang cukup unik dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang Siti Nurhaliza adalah antara penyanyi terbaik masa kini.
Sebelum menjuarai pertandingan Bintang HMI, Siti Nurhaliza telah banyak kali menyertai beberapa pertandingan di tempat kelahirannya, seringkali megikut ibunya menyanyi dan juga abangnya Ayie. Daripada situlah minat Siti Nurhaliza untuk menyanyi timbul. Tambahan pula mendapat sokongan dari ibu dan keluarganya sendiri.
Album yang memuatkan 10 buah lagu ini diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan sendiri dan dirakamkan di Pro Recording Studio (Cheres Perdana) milik Suria Records Sdn. Bhd.
Selain Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki juga menyumbangkan 2 buah lagu dan sebuah lagu dari Peter Fam. Manakala penulis lirik tersiri daripada Hani M.J., Othman Zainuddin, Amran Omar dan Lukman S.
Menurut Adnan Abu Hassan, album Siti Nurhaliza adalah yang terbaik yang pernah dihasilkan sebelum ini. Siti Nurhaliza mempunyai suara yang begitu unik dan cara penyampaiannya yang tersendiri memang mengkagumkan. Malah Fauzi Marzuki sendiri mengatakan yang Siti Nurhaliza mempunyai suara yang paling luar biasa dari kawalan nada suara yang rendah dan nada suara yang tinggi. Ini adalah keistimewaannya. Ia juga boleh membawa berbagai corak dan rentak lagu dengan baik.
Pengurus A & R,
Sham Amir Hussain